Mana Penyokong Sejati Setiap Pasukan Atau Semua Hanya Lalang Sahaja?

Kehadiran penyokong ke stadium merupakan elemen paling penting bagi sesebuah pasukan kerana dengan kedatangan mereka ini, pemain akan mendapat tonik tambahan selain ia membantu kewangan pasukan itu sendiri.

Jika kita lihat pasukan yang bermain di English Premier League (EPL), tanpa mengira kedudukan di dalam liga, penyokong tetap akan hadir dan boleh dikatakan hampir penuh setiap perlawanan terutama bermain di halaman sendiri.

Agaknya bila pasukan yang bermain Liga Malaysia (Liga M) akan mendapat sambutan luar biasa dari peminat untuk penuhkan stadium setiap kali bermain di gelanggang sendiri?

Atau kebanyakannya adalah lalang sejati yang menyokong ketika pasukan kuat dan hilang dari radar bila pasukan mula tidak konsisten?

Melihat kembali jumlah kehadiran penyokong yang hadir ke stadium pada musim sebelum ini boleh dikatakan tidaklah begitu cemerlang jika dibandingkan kapasiti stadium itu.

Stadium yang menjadi venue untuk perlawanan Liga Super, kesemuanya 15,000 kapasiti ke atas namun kenapa kehadiran penyokong masih lagi terlalu rendah?

Johor Darul Ta’zim (JDT) antara pasukan yang paling konsisten di Liga M pun kadang-kala Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu sendiri tidak penuh.

Mungkin penyokong sudah bosan kerana kelab kesayangan mereka itu sentiasa menang setiap perlawanan dan sudah dijangka pengakhirannya.

Isu kehadiran penyokong ini pernah disuarakan oleh pemilik JDT iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang kecewa kerana ada segelintir peminat ketika itu memilih perlawanan untuk hadir ke stadium biarpun pasukan berusaha untuk mendapatkan pelbagai kejayaan.

Persoalannya kini, apakah punca utama kehadiran penyokong ini begitu suram? Adakah ia disebabkan waktu perlawanan itu sendiri?

Peminat terlalu sibuk sehingga tidak sempat ke stadium atau ia disebabkan ada siaran langsung di beberapa platfrom sehingga memudahkan peminat menonton walau di mana mereka berada?

Namun apabila sesebuah pasukan berjaya mara ke pusingan akhir, secara automatik ia mendapat sambutan luar biasa pula. Tiba-tiba muncul slogan penyokong  sejati pula. Kenapa jumlah ini tidak dapat dicatatkan ketika aksi liga?

Selain itu, beberapa perlawanan peringkat liga yang melibat pilihan pasukan yang hebat, peminat lebih tertarik untuk datang atau jika mereka menentang JDT, perlawanan itu akan mendapat sambutan kerana kesemuanya begitu semangat untuk melihat pasukan kesayangan kalahkan Harimau Selatan.

Rekod paling tinggi untuk kehadiran penyokong pada musim 2022 adalah JDT secara keseluruhannya adalah lebih dari 181,000 ribu penyokong dan jika bahagikan setiap perlawanan, secara purata lebih 16,000 hadir ke SSI.

Selain Harimau Selatan, kalau dibahagikan secara purata, paling tinggi sekitar 8,000 lebih sahaja. Jika ada paling tinggi pasti ada paling rendah dan ini paling sedih kerana terdapat pasukan yang catat jumlah kehadiran tidak sampai 1,000 orang.

Pasukan ini mempunyai reputasi yang begitu besar serta ada peminat tegar mereka sendiri akan tetapi bila bermain di halaman sendiri masih lagi gagal menarik orang ramai ke stadium.

Misalnya Selangor dan Penang. Mungkin faktor prestasi pasukan menentukan bilangan orang ke stadium.

Di Malaysia itulah lumrahnya jika pasukan tersebut berada di prestasi terbaik, peminat akan hadir ke stadium beramai-ramai untuk menyokong dan jika sebaliknya, memang menyedihkan.

Itu belum lagi sentuh beberapa pasukan yang mengalami kesukaran untuk menarik kehadiran penyokong. Contohnya Kuala Lumpur City. Bermain di halaman sendiri atau di tempat lawan hampir sama sahaja jumlah peminat mereka ini.

Setiap kali jendela perpindahan pemain, peminat paling tidak sabar untuk melihat pemain ternama termasuk pemain import yang berkualiti dibawa masuk.

Mana nak datangnya duit jika sokongan itu tidak diterjemahkan menerusi pembelian tiket setiap perlawanan.

Apabila barisan jurualatih mengambil pemain biasa dan import tangkap muat, sekumpulan penyokong mula marah kepada pihak pengurusan dek kurang kebijaksanaan memilih pemain.

Seperti lirik lagu Orang Ketiga nyanyian Thomas Arya, “entah siapakah yang salah, ku tak tahu yang kini menjadi beban fikiran dihati hatiku.”

Tiba masanya, setiap pasukan memikirkan satu formula untuk menarik peminat dan memeriahkan suasan paling tidak bermain di halaman sendiri.

Mungkin juga boleh buat cabutan bertuah yang nilai tinggi untuk meghargai mereka selalu turun memberi sokongan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN