Jose Mourinho memberikan komen yang agak brutal kepada Manchester United selepas kekalahan 2-0 pasukan itu di tangan West Ham.
Mourinho mempersoalkan, di mana peningkatan pasukan Manchester United sejak beliau dipecat?
Solskjaer menjawab kritikan Mourinho itu, dengan menyatakan, Mourinho ada hak untuk menyuarakan pandangan beliau.
Mourinho menyatakan beliau tidak terkejut langsung dengan kekalahan United, dan menegaskan beliau langsung tidak teruja dengan pasukan Manchester United yang ada pada hari ini, di bawah kendalian Solskjaer.
“Saya bukan orang yang tepat untuk menjawab persoalan ini. Mereka jauh daripada tahap Manchester City dan Liverpool.”
“Saya berada di sana selama 2 musim. Saya merasakan ketika itu, saya memberikan banyak perkara positif dan hala tuju yang jelas.”
“Dan jelas sekali pada musim lalu, kita tidak cukup bagus. Dan saya dipecat. Apa yang jelas, saya dipecat kerana saya orang terakhir yang bertanggungjawab sebagai seorang pengurus.”
“Saya sangat sedih dengan keadaan [United pada hari ini], walaupun sesetengah orang berkata saya gembira dengannya.”
“Saya sangat menghormati Manchester United, dan para penyokongnya.”
“Walaupun dulu, pasukan saya digelar ‘boring’, tetapi masih mampu mendapatkan hasilnya.”
“Saya rasa pasukan ini dalam masalah besar untuk menamatkan saingan di 4 teratas. Seperti saya katakan, pasukan ini lebih teruk daripada pasukan musim lalu, ketika saya dipecat”
Jose Mourinho on how Manchester United have progressed since he left
🗣"They are worse than before they sacked me" pic.twitter.com/U3b8RT8X5p
— Football Daily (@footballdaily) September 22, 2019
Ditanya tentang, apakah perkara yang positif pada pasukan Manchester United hari ini. Mourinho menyatakan beliau tidak mampu untuk mencari perkara positif.
Mourinho berkata: “Tiada [yang positif], saya tidak dapat mencarinya.”
“Kita teruk pada musim lalu. Namun hari ini saya tidak nampak sebarang peningkatan pada musim ini. Walaupun mereka membawa masuk 3 pemain baharu.”
“Saya akui, saya suka dengan 3 pemain ini, mereka pemain berkualiti, dan memberikan ke dalam pasukan.”
“Namun, saya tidak terkejut dengan keputusan pada hari ini.”
Jose Mourinho on Manchester United's performance
🗣"I don't like the team at all, I'm not surprised by the result" pic.twitter.com/8vrxJIjJTq
— Football Daily (@footballdaily) September 22, 2019
Solskjaer tidak mahu memberikan komen panjang tentang kritikan Mourinho. Ini kerana setiap orang bebas untuk menyuarakan pandangan mereka.
“Beliau ada hak nak menyatakan pandangannya. Sudah pastinya, kita tewas tahun lalu di sini. Tempat ini sentiasa menjadi tempat yang sukar untuk dilawati. Dan kita berharap akan bermain dengan lebih baik daripada aksi kita hari ini.”
🗣 “Well I think he’s got a right to his own opinion!”
👀 Solskjaer responds to former manager Mourinho’s comments after another @ManUtd defeat. pic.twitter.com/hBgEuIq0oJ
— SPORF (@Sporf) September 22, 2019
Seterusnya Solskjaer turut kritikal ke atas pasukannya dengan menyatakan, Manchester United sengaja menyusahkan diri mereka sendiri dalam perlawanan tersebut. Ini kerana mereka banyak kali mempersiakan peluang.