Pengurusan tertinggi Manchester United bersedia untuk menggunakan kuasa veto untuk menghalang Jose Mourinho membawa pemain yang dikehendaki beliau pada jendela perpindahan Januari hadapan.
Menurut sumber kepada ESPN, perkara itu akan berlaku sedemikian jika kelab berpendapat pemain yang hendak di bawa masuk ke Old Trafford tidak sesuai dengan kepentingan jangka masa panjang kelab tersebut.
Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Mourinho kecewa kerana keengganan pihak kelab untuk berbelanja demi mendapatkan pemain pertahanan yang disasarkan beliau ke Old Trafford.
Jika perkara sama berlaku pada Januari hadapan, ini bermakna Manchester United telah mengecewakan pengurus mereka itu dalam dua jendela perpindahan berturut-turut. Mourinho tidak pernah teragak-agak untuk mengkritik keengganan kelab tersebut untuk mendapatkan pemain yang dikehendaki oleh beliau.
Pada jendela perpindahan Januari hadapan, beberapa pemain pertahanan tengah dikhabarkan menjadi sasara Mourinho. Milan Skriniar, Alessio Romagnoli dan Nikola Milenkovic adalah antara calon pemain yang bakal dibawa masuk.
Namun demikian, Mancheste United dilaporkan akan membatalkan usaha tersebut jika pemain yang dikehendaki tidak mampu memberi pulangan untuk tempoh jangka masa panjang.
Sebelum ini United pernah menolak untuk membawa Jerome Boateng kerana risau akan kecederaan yang sering menimpa pemain itu. Boateng bagaimanapun secara terbuka menolak minat daripada Mourinho.
Manakala United turut menolak untuk membawa masuk Yerry Mina kerana wang pampasan tinggi yang perlu dibayar kepada ejen dan wakil pemain itu.
Harry Maguire pula dianggap terlalu mahal, manakala Toby Alderweireld akan berusia 30 tahun pada musim ini dan boleh didapatkan secara percuma di akhir musim jika peman itu terus berdegil untuk tidak menyambung kontrak bersma Tottenham Hotspur.
Manchester United juga sedang merancang struktur dan kaedah yang digunapakai oleh mereka selama ini untuk membawa masuk pemain dengan melantik seorang pengarak teknikal di masa hadapan.
Mourinho juga kritikal terhadap langkah tersebut dengan menyifatkan peranan beliau sebagai pengurus lebih menyerupai peranan seorang ketua jurulatih.