Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer lebih bagus berbanding di bawah kendalian pengurus interim, Ralf Rangnick.
Itulah apa yang dikatakan oleh legenda Arsenal, Ian Wright ketika beliau mengkritik skuad Red Devils yang dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Wolves.
Wright mendakwa yang Manchester United pada ketika ini berada di tahap yang jauh lebih teruk berbanding ketika mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Arsenal legend Ian Wright has criticized Manchester United's performance in their 1-0 defeat against Wolverhampton Wanderers. https://t.co/EYufGv6KWE
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 4, 2022
Legenda berusia 58 tahun itu sama sekali tidak faham dengan corak dan gaya permainan yang mahu diterapkan oleh Ralf Rangnick.
Bercakap kepada Optus Sport, Ian Wright menyatakan bahawa:
“Sekali lagi, saya sedang menonton perlawanan yang mana jika mereka di bawah kendalian Ole (Gunnar Solskjaer) orang-orang akan kata, ‘corak permainan apa ini? Apa yang mereka sedang lakukan?’ saya sekarang nampak benda yang sama ketika di bawah kendalian Ralf Rangnick.”
“Saya tak nampak apa dia mahu lakukan. Saya tak nampak apa-apa perbezaan berbanding apa yang pernah berlaku sebelum ini. Ia sebenarnya nampak lebih teruk.”
Arsenal legend Ian Wright believes Manchester United boss Ralf Rangnick "doesn't trust" young forward Mason Greenwood. https://t.co/Yx6f7dboMJ
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 4, 2022
Ian Wright turut terkesima melihat bagaimana Ralf Rangnick menguruskan pemain simpanan ketika aksi bertemu Wolves.
Bekas penyerang Arsenal itu turut percaya yang sistem United sekarang tak sesuai dengan Aaron Wan-Bissaka memandangkan bekas bintang Crystal Palace itu tidak mempunyai kemahiran dalam melakukan hantaran.
Wright kemudian menambah lagi bahawa:
“Kamu lihat pada Man United dan kamu fikir sendiri, saya tak boleh faham mengapa dia mengeluarkan (Mason) Greenwood, tak boleh faham mengapa dia kekal dengan (Scott) McTominay dan (Nemanja) Matic untuk tempoh yang lama.”
“Saya rasa sistem yang dia mainkan ini jelas sekali melemahkan Aaron Wan-Bissaka, kerana dia dapat banyak bola dan itu bukan kekuatan dia.”
Wright says Rangick got three big decisions wrong vs Wolves #mufc https://t.co/T5fDLGmpPR
— Man United News (@ManUtdMEN) January 4, 2022
Walau bagaimanapun juga, Ian Wright tetap memberikan pujian melambung kepada Wolverhampton Wanderers, atas aksi cemerlang mereka dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.
“Sungguh menakjubkan dari Wolves. Ketika kamu lihat cara bagaimana mereka bermain, mereka bermula dari belakang, bahagian midfield sangat padat, bahagian serangan, terutama dari Daniel Podence tersangat bagus hari ini.”
Manchester United menderita kekalahan pertama di bawah kendalian Ralf Rangnick
Manchester United berdepan kekalahan 1-0 di tangan Wolverhampton Wanderers dan ia merupakan kekalahan pertama mereka di bawah kendalian Ralf Rangnick.
"I'm seeing the exact same thing under Ralf. I can't see what he's doing." @IanWright0 sees no change from United under new boss Ralf Rangnick… https://t.co/FWs1VN8FHP
— DAZN Canada (@DAZN_CA) January 3, 2022
The Red Devils sebelum ini berjaya mencatat tiga kemenangan dan merekodkan satu keputusan seri sepanjang beraksi di bawah kendalian pengurus interim mereka itu.
Man Utd jelas sekali didominasi oleh Wolves dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu dengan pemain midfield Portugal, Joao Moutinho muncul sebagai penjaring gol kemenangan untuk skuad kendalian Bruno Lage.
Skuad Manchester United sudah merekodkan enam kekalahan dalam saingan Premier League setakat musim ini.
Pada ketika ini, Manchester United sedang berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan Premier League, dengan mereka berjaya mengutip 31 mata dari 19 perlawanan.
Kekalahan bertemu Wolves ini sedikit sebanyak merencatkan usaha mereka untuk berada di kelompok empat teratas dalam carta saingan liga.
Ian Wright mystified by Ralf Rangnick as he accuses Man Utd boss of taking 'easy' optionhttps://t.co/gGtqfCR7BF
— Express Sport (@DExpress_Sport) January 4, 2022
Bahkan jika Manchester United menang baki perlawanan yang masih mereka belum mainkan, mereka masih belum mampu untuk memintas Arsenal yang kini sedang berada di kedudukan keempat.
The Red Devils selepas ini akan beraksi bertemu Aston Villa pada (15 Januari) dan West Ham United pada (22 Januari) dengan kedua-dua pasukan ini jelas sekali bakal memberi masalah besar kepada skuad kendalian Ralf Rangnick itu.