Man Utd Jadi Kelab Paling Rugi Bayar Pemain Selalu Alami Kecederaan Sejak 2016

Berapakah jumlah kerugian yang perlu ditanggung kelab-kelab Premier League sejak tahun 2016  disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh pemain mereka? Pasukan manakah pula yang paling banyak menanggung kerugian?

Kecederaan merupakan salah satu perkara yang amat ditakuti bukan sahaja oleh pemain kerana mampu memusnahkan karier mereka, malah oleh kelab yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.

Contoh terdekat ialah Liverpool, lihat apa terjadi kepada Liverpool selepas pemain utama mereka seperti Virgil van Dijk mengalami kecederaan.

Disinilah peranan kontrak antara pemain dan kelab. Apabila cedera kewangan pemain tetap terjamin dengan kontrak yang ditandatangi dan kelab bertanggungjawab menjaga pemain sehingga pulih. Bukan dibiarkan begitu sahaja atau ditamatkan kontrak kerana tidak boleh menyumbang seperti amalan beberapa kelab lain di Liga Malaysia.

Apa yang berlaku di Malaysia mengingatkan kami kepada apa yang berlaku di Liga Macedonia. Di sana ada pasukan yang tidak membayar gaji apabila pemain menuntut gaji mahu dipotong kerana tidak beraksi disebabkan kecederaan atau selepas menerima layangan kad merah.

Kerugian akan ditanggung oleh kelab apabila pemain mengalami kecederaan dan lebih parah apabila ketiadaan pemain harapan akan mempengaruhi keputusan di padang.

Jika keputusan yang teruk diperolehi kerana kecederaan dan terlepas slot Eropah seperti Champions League, kerugian yang ditanggung kelab akan bertambah-tambah.

Pasukan paling champions dalam menanggung kerugian disebabkan oleh kecederaan pemain adalah Manchester United dan ini tidak dapat disaingi pasukan yang lain.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Bonusfinder, pemain Manchester United telah terlepas 1105 perlawanan disebabkan kecederaan sejak bermulanya musim 2016/17.

Ketiadaan pemain dalam padang kerana kecederaan ini telah menyebabkan Manchester United menanggun kerugian sebanyak £105,255,923.57 lebih kurang RM601,834,022.30 (RM600 juta je).

Paul Pogba merupakan pemain paling memberikan kerugian kepada Manchester United yang telah terlepas 66 perlawanan dan alami 405 hari.

Pemain kebangsaan Perancis itu menyebabkan Manchester United kerugian sebanyak £16,778,571.43 bersamaan RM95,936,87.12. Tak banyak pun lebih kurang RM100 juta.

Dengan jumlah ini Paul Pogba juga menjadi pemain dicarta teratas Premier League yang memberi kerugian paling besar kepada kelab.

Ini disebabkan gaji yang tinggi diterima Paul Pogba.

Arsenal ditangga kedua, dengan menanggung kerugian sebanyak £79.7 juta (RM455.71 juta) dan dalam tempoh lima tahun ini pemain Arsenal telah terlepas perlawanan sebanyak 1122 hari.

Dengan gaji pemain yang lebih rendah berbanding Manchester United, Arsenal hanya menanggung kerugian kurang daripada daripada Manchester United walaupun mempunyai hari perlawanan pemain tidak beraksi lebih tinggi.

Santi Cazorla merupakan pemain yang membuatkan Arsenal menanggung kerugian paling tinggi yang terlepas 103 perlawanan selama 618 hari dengan jumlah berjumlah £8.8 juta (RM50.32 juta).

Cazorla telah menerima rawatan terbaik dari Arsenal sepanjang tempoh kecederaan dan dilepaskan selepas kembali sembuh sepenuhnya.

Manchester City ditangga ketiga yang kerugian £73,177,227.57 (RM418,413,935.44) tidak jauh dari Arsenal walaupun pemain terlepas 779 perlawanan sahaja.

Ini sudah pasti disebabkan gaji yang tinggi dan Kevin De Bruyne juara di Manchester City dan secara keseluruh kedua di belakang Pogba dengan kerugian £11,564,285.71 (RM66,122,459.88).

Secara keseluruhannya kecederaan lutut (£101,533,501.40) yang paling banyak memberi kerugian kepada kelab diikuti kecederaan hamstring (£93,760,124.71) dan kecederaan buku lali (£71,856,917.43).

Senarai Kerugian Kelab Premier League Kerana Kecederaan Sejak 2016

Berikut merupakan senarai penuh kelab Premier League yang menanggung kerugian ekoran kecederaan pemain dal mtemp[oh 5 tahun sejak bermulanya musim 2016/17.

1. Manchester United – £105,255,923.57

2. Arsenal – £79,732,748.71

3. Manchester City – £73,177,227.57

4. Liverpool – £72,552,306.29

5. West Ham United – £63,910,904.29

6. Crystal Palace – £60,477,401.71

7. Tottenham Hotspur – £55,320,152.57

8. Chelsea – £53,736,101.57

9. Everton – £50,610,779.57

10. Newcastle United – £37,816,017.29

11. Leicester City – £30,877,865.14

12. Southampton – £28,015,941.71

13. Burnley – £26,727,013.14

14. Aston Villa – £15,333,568.29

15. Brighton & Hove Albion – £14,731,405.71

16. Fulham – £14,463,546.43

17. West Bromwich Albion – £11,621,036.43

18. Wolverhampton Wanderers – £7,021,394.71

19. Leeds United – £5,547,506.14

20. Sheffield United – £2,260,860.57

Senarai Pemain Penyebab Kerugian Kelab

Paul Pogba merupakan pemain yang paling banyak memberi kerugian £16,778,571.43 bersamaan RM95,936,87.12 diikuti oleh Kevin De Bryune £11,564,285.71 (RM66,122,459.88) dan pemain ditangga ketiga agak mengejutkan.

Andy Carrol mencatakan jumlah £11,509,285.71 (RM65,807,980.00) diikuti oleh Sergio Aguero £11,322,717.86 (RM64,741,219.32) dan Marcos Rojo £9,954,714.29 (RM56,919,226.38).

Senarai Kecederaan

Kecederaan lutut yang menjadi musuh utama pemain bola dan para lelaki menjadi kecederaan yang paling banyak membawa kerugian kepada kelab yang mengumpul £101,533,501.40 atau RM580,549,896.61

Diikuti kecederaan hamstring (£93,760,124.71) dan kecederaan buku lali (£71,856,917.43).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN