Manchester United sah akan ke Jerman untuk perlawanan persahabatan terakhir pra musim sebelum sepak mula musim 2018/19.
Perlawanan tersebut akan diadakan di Allianz Arena pada 5 Ogos, dengan sepak mula dijadualkan sekitar 3:15am (Waktu Malaysia).
Bagi skuad Jose Mourinho, perlawanan menentang pasukan Bavarian itu adalah selepas mengharungi 5 perlawanan dalam siri jelajah Amerika Syarikat.
Antara lawan yang bakal dihadapi oleh United di siri jelajah tersebut ialah Club America, San Jose Earthquakes, AC Milan, Liverpool dan juga Real Madrid.
Menariknya, sebelum mengumumkan perlawanan di antara finalis UEFA Champions League musim 1998/99 itu, kedua-dua admin Twitter kedua-dua pasukan sempat bertengkar di laman media sosial tersebut.
We’re
⚪️ Busy
⚪️ On holiday
? Available in early August to visit a big club in Germany for a final pre-season game of the summer. Any takers?
— Manchester United (@ManUtd) June 11, 2018
Manchester United yang mula melakukan ‘friendly banter’ tersebut memuat naik satu kenyataan berbunyi soalan apa yang bakal mereka lakukan pada awal Ogos.
Antara pilihan yang diberikan ialah untuk mengunjungi sebuah pasukan gergasi di Jerman, beserta soalan kepada mana-mana kelab Jerman yang sudi menjawab cabaran tersebut.
“Bersedia untuk melawat sebuah kelab gergasi di Jerman untuk perlawanan pra musim. Ada berani?” Ujar Tweet tersebut.
Twit tersebut kemudiannya pantas dijawab oleh Bayern Munich dengan nada sindiran.
The only takers we’re interested in are for good penalties, and as an English club, you guys probably wouldn’t know about that… ?? pic.twitter.com/7TJbc2V6lr
— FC Bayern München (@FCBayern) June 11, 2018
Sambil berseloroh, Bayern berkata: “Kami hanya berminat dengan mereka yang mahir mengambil sepakan penalti.”
Sambil merujuk kepada kegagalan England yang sering kecewa disebabkan sering tewas melalui penentuan sepakan penalti di perlawanan antarabangsa, Twit dari Bayern turut berbunyi:
“Sebagai kelab Inggeris (Manchester United), kalian mungkin tidak faham maksud kami.”
Mungkin kerana triggered atau sememangnya sudah dirangcang, United turut tidak berdiam diri dan pantas membalas sindiran pedas dari Bayern itu.
Just as well that we didn’t need them to beat you in the #UCL final back in 1999 then, isn’t it? ? pic.twitter.com/fllThHNaDd
— Manchester United (@ManUtd) June 11, 2018
“Kami tidak memerlukan sepakan penalti untuk menewaskan kalian di final UCL pada 1999. Bukankah begitu?” jawab United.
Twit tersebut kemudiannya diakhiri oleh Bayern Munich yang menyatakan persetujuan untuk perlawanan tersebut diadakan.
Looks like we hit a nerve there! How about this pre-season friendly in August, then? Let’s hope your football is better than your jokes… pic.twitter.com/yePGKVTEIl
— FC Bayern München (@FCBayern) June 11, 2018
Perlawanan akhir UCL musim 1998/99 penuh epik di antara Bayern Munich dan Manchester United berlangsung hampir 20 tahun yang lalu.
Ia terus menjadi sebutan sehingga ke hari ini apabila gol minit akhir oleh Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer mengecewakan Bayern Munich yang mendahului 1-0 hampir keseluruhan perlawanan.
Penyokong kedua-dua pasukan yang terpinga-pinga dengan friendly banter dari akaun twitter kedua-dua buah kelab turut terusik pada mulanya, sebelum menyedari ia adalah langkah kedua-dua kelab untuk mengumumkan perlawanan pra musim.
Ia adalah cara yang kreatif untuk mengumumkan perlawanan persahabatan.