Man United Sediakan Menu ‘5 Bintang’, Elak Pemain Naik Berat Badan

Erik ten Hag

Rejim Erik ten Hag di Manchester United jelas sekali tidak berkompromi dengan masalah diet pemain dengan pengurus tersebut memperkenal menu berkelas ‘tinggi’ untuk pemain-pemainnya.

Selepas mengharamkan penggunaan tukang masak peribadi dalam kalangan pemain, Ten Hag telah menyediakan menu khas untuk setiap pemain bagi memastikan mereka tidak naik berat badan.

Menurut laporan Daily Mail, Ten Hag kini telah melaksanakan sistem penghantaran makanan ke rumah kepada pemain-pemain United.

Dengan wujudnya larangan menggunakan tukang masak peribadi, cara ini diperkenal oleh Ten Hag untuk membantu prmain-pemainnya mendapatkan diet yang terbaik walaupun jauh dari dewan makan kelab.

Makanan yang disediakan adalah berdasarkan menu yang telah ditetapkan dan ianya dihantar terus ke rumah pemain dengan kualiti setanding restoran 5 bintang.

Hal ini kerana, sejak kemasukan Ten Hag, perubahan ketara di bahagian dapur pasukan apabila mereka tidak lagi mengamalkan corak ala kantin.

Sebaliknya beliau menjadikan dewan makan kelab ibarat restoran bertaraf Michelin untuk memastikan pemain-pemain berasa selesa.

Apa yang dilakukan oleh Ten Hag ini pastinya memberikan manfaat secara umum kepada skuadnya, terutamanya pemain-pemain muda yang baru nak ‘up’ dalam karier bola sepak profesional.

Namun begitu, ianya mungkin tidak menyenangkan pemain-pemain senior seperti Cristiano Ronaldo dan David De Gea kerana mereka mempunyai tukang masak peribadi di rumah.

Ianya pasti merugikan mereka untuk membayar tukang masak peribadi demi menjaga diet sendiri tetapi perlu makan makanan yang dihantar oleh kelab kepada mereka.

United memulakan era Ten Hag dengan baik sekali dengan mencatatkan rekod yang baik ketika pra-musim.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN