Man United Sedia Lelong Antony Dengan Tanda ‘Harga Rahmah’

Kelab gergasi Eropah iaitu Manchester United dilaporkan sedia melepaskan khidmat penyerang berbisa mereka iaitu Antony pada jendela perpindahan musim panas ini secara pinjaman atau kekal.

Terdahulu, Antony menjadi mangsa kritikan ramai para penyokong selepas persembahan serta sumbangan beliau sangat teruk dan tidak memadai dengan tanda harga ketika Man United mendapatkan beliau.

Walaupun kerap diberi peluang oleh Erik Ten Hag di atas padang, pemain kebangsaan Brazil ini dilihat gagal untuk membuktikan dirinya layak selaku penggempur berbahaya kelab itu.

Ditandatangani pada musim panas 2022 bersama tanda harga cukup tinggi iaitu £86 juta daripada Ajax, ramai menjangkakan beliau mampu untuk memberi impak positif dalam saingan utama England.

Namun, ianya dilihat kini lebih kepada harapan beliau mampu untuk sekurangnya wujud di atas padang tanpa aksi mengarut perlu ditampilkannya di atas padang.

Menerusi perkongsian Goal.com, Man United kini sedia untuk menawarkan harga lebih rahmah kepada mana-mana kelab berminat untuk mendapatkan Antony pada jendela perpindahan akan datang.

Laporan menyatakan kelab itu sedia menawarkan tanda harga £40 juta sahaja kepada mana-mana pasukan berminat untuk mendapatkan sentuhan beliau.

Tanda jualan itu menyaksikan The Red Devils telah memotong setengah daripada harga ketika mereka mendapatkan beliau suatu ketika, seolah pasukan itu terdesak melepaskan Antony.

Lebih menarik, pakej lain menyaksikan Antony juga sedia dipinjamkan kepada mana-mana kelab lain untuk menaikkan nilai pasaran beliau bagi jendela perpindahan tahun 2025.

Untuk rekod, Antony sudah pun mencipta 86 penampilan secara keseluruhan buat Man United dan beliau telah meledak 12 gol serta lima bantuan jaringan sahaja buat pasukan tersebut.

Bagi persaingan musim ini menyaksikan Antony sudah pun beraksi dalam empat perlawanan serta menghasilkan satu jaringan dalam saingan EFL Cup ketika bertemu Barnsley FC.

Untuk aksi seterusnya menyaksikan Man United bakal menghadapi Brentford di laman sendiri dan sudah tentu ketajaman Antony sekali lagi akan menjadi perhatian ramai jika dirinya mampu atau tidak memberi sumbangan kepada pasukan.

Pada pandangan anda, pasukan mana paling sesuai buat Antony jika beliau sedia dijual atau dipindahkan pada jendela perpindahan akan datang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN