Man. United Pernah Cuba ‘Hijack’ Van Dijk Daripada Liverpool Namun Gagal

Man. United terus dihantui berita kegagalan mendapatkan bek tengah yang dimahukan Mourinho. Dalam perpindahan pra musim 2018/19 mereka beberapa sasaran termasuk Alderweireld, Maguire dan Yerry Mina.

Dominic King, dari Daily Mail mendedahkan Manchester United mencuba untuk mencantas perpindahan Van Dijk ke Liverpool pada Januari 2017/18 namun gagal.

Man. United cuba menggunakan kesempatan di sebalik ketegangan antara pemilik Southampton dan Liverpool ketika itu.

Liverpool cuba mendapatkan Van Dijk pada pra-musim 2017/18 namun Southampton bengang dan menuduh Liverpool cuba melakukan tapping.

Liverpool membuat kenyataan maaf dan menunggu pada Januari untuk membida semula pemain itu dan mereka membayar £75 juta. Menjadikan pemain kebangsaan Belanda itu pertahanan tengah termahal dunia.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 31: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) (EDITORS NOTE: IMAGES STRICTLY EMBARGOED FROM ALL USAGE UNTIL 08:00 GMT ON MONDAY JANUARY 1, 2018) Liverpool’s new signing Virgil van Dijk pictured at Melwood Training Ground on December 31, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Dominic King menyatakan:

“Kita semua tahu Manchester City dalam persaingan untuk mendapatkan Van Dijk. Begitu juga dengan Chelsea dan Arsenal yang cuba bertanya status pemain itu kepada Southampton.”

“Manchester United sebenarnya mencuba apa yang mereka mampu untuk mendapatkan Van Dijk. Mereka ada melakukan inkuiri untuk Van Dijk.”

Dominic King juga mendedahkan yang Ed Woodward sekali lagi lambat dalam membuat kerja beliau. Akhirnya mereka gagal melakukan ‘hijack’ di saat akhir itu.

Di Man. United, urusan perpindahan adalah di tangan Woodward. Pengurus akan menghantar senarai pemain yang mereka inginkan kepada beliau.

Mourinho sudah beberapa kali bengang dengan kelembapan Woodward dalam bekerja membuatkan mereka terlepas beberapa sasaran.

Dominic King menambah:

“Namun malangnya, mereka terlambat menghantar inkuiri. Ianya dilakukan pada hari Van Dijk mengadakan pemeriksaan medikal di Anfield.”

“Usaha itu terlalu lambat, dan Manchester United kehilangan pemain ini dan Liverpool berjaya mendapatkannya.”

Jose Mourinho dikatakan sangat memerlukan seorang bek tengah seperti Van Dijk yang fizikal dan memiliki kemampuan menghantar bola yang sangat baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN