Manchester United kini sudah sedia untuk melepaskan Jesse Lingard. Ini selepas prestasi terlampau buruk penyerang itu pada 2019 dengan tanpa sebarang assist ataupun gol.
United kembali semula membangkitkan minat mereka terhadap James Maddison dari Leicester. Red Devils sedia membayar
£45 juta untuk Maddison dan tambahan seorang pemain iaitu Jesse Lingard yang divaluasi oleh United sekitar £40 juta.
Jadi dua angka itu digabungkan akan menjadi sekitar £85 juta. Sebelum ini mereka membeli Harry Maguire dari Leicester dengan nilai £80 juta.
James Maddison meningkat naik sangat cepat di Leicester sejak musim lalu. Prestasi itu terus meningkat di bawah kendalian Brendan Rodgers.
Beliau dianggap antara playmaker terbaik yang ada di EPL ketika ini. Membantu Jamie Vardy mendapatkan semula produktivitinya.
Musim ini Maddison sudah menjaringkan 6 gol dan 3 assist dalam kempen bersama Leicester. Kekuatan beliau adalah gelecekan dan keupayaan menghubungkan pemain serangan dengan tengah.
Keserasian beliau dengan Jamie Vardy musim ini sangat baik. Maka tak hairanlah sudah 3 jendela perpindahan Man United dikaitkan dengan James Maddison.
United yakin tawaran £45 juta itu ditambah dengan pemain kebaangsaan England iaitu Jesse Lingard adalah sangat baik.
Dan seperti biasa, Ed Woodward akan cuba untuk ‘unsettle’ pemain yang mereka mahukan dengan menggandakan gaji yang sangat tinggi. Anda bayangkan mereka menawarkan kenaikan sehingga 3 kali ganda untuk Maddison.
Gaji semasa Maddison di Leicester adalah £55,000 seminggu. Dan United sedia membayar beliau £165 ribu seminggu.
Manchester United kini masih berusaha untuk menempatkan diri dalam kelompok 4 teratas.
Dan mereka sudah 2 perlawanan tidak menjaringkan sebarang gol. Kalah 2-0 di tangan Arsenal dan seri 0-0 menentang Wolves dalam saingan Piala FA.
Dalam aksi menentang Wolves, United gagal mencetak sebarang percubaan tepat. Itu yang sangat merisaukan Ole Gunnar Solskjaer ketika ini.