Kelab gergasi England iaitu Manchester United dilaporkan kini dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi pasukan menerusi beberapa pemain berada dalam sasaran sebelum ditandatangani musim hadapan.
Antara posisi diberi penekanan oleh pasukan tersebut kini terarah kepada bahagian tengah serta jentera serangan yang dianggap sedikit bermasalah pada musim ini dalam mana-mana perlawanan dihadapi.
Untuk posisi tengah, The Red Devils ketika ini telah pun menyenaraikan beberapa pemain dengan salah satunya merupakan bintang tengah Chelsea iaitu Mateo Kovacic.
🚨 Chelsea are likely to allow Mateo Kovačić to leave the club this summer.
Manchester City, Bayern and Manchester United are all showing an interest in the Croatian.
(Source: @JacobSteinberg) pic.twitter.com/XkzqkxmVdP
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 11, 2023
Menurut laporan semasa dikeluarkan oleh Sportbible, Erik ten Hag menyasarkan pemain tengah tersebut selepas beberapa tonggak United bakal keluar dari Old Trafford menjelang penghujung musim.
Dua pemain tengah yang dilaporkan bakal meninggalkan United pada musim depan ialah bintang Brazil, Fred serta Scott McTominay menerusi beberapa kenyataan atau khabar angin di media sosial.
Sementara itu, bintang baharu mereka iaitu Marcel Sabitzer juga dijangka bakal pulang kepada Bayern Munich setelah dipinjamkan kepada kelab tersebut sebelum itu.
Namun, Sabitzer juga berpeluang untuk kekal di Old Trafford sekiranya United serius untuk menandatangani khidmat pemain tersebut secara kekal bersama mereka musim hadapan.
Namun ketika ini, United telah pun memberi tumpuan secara serius kepada Kovacic dalam usaha untuk terus memperkukuhkan jentera tengah mereka.
Bersama Chelsea musim ini, Kovacic telah pun mencipta 25 penampilan bersama pasukan tersebut serta menyumbang satu gol bersama dua bantuan jaringan.
Pemain kebangsaan Croatia itu juga dilaporkan memiliki kontrak bersama Chelsea selama setahun sahaja lagi dan turut diintai beberapa kelab lain.
Selain United, dua lagi kelab yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Kovacic ialah Manchester City dan Bayern Munich kerana corak permainan pemain tersebut dianggap sangat baik di bahgian tengah.
Untuk rekod, lima tahun lalu United pernah menawarkan kontrak kepada pemain ini ketika mereka berada bawah kendalian Jose Mourinho.
Namun tawaran tersebut ditolak oleh Kovacic kerana menyatakan corak permainan beliau tidak sesuai dengan kaedah digunakan oleh Mourinho bersama kelab.
🚨🇭🇷| Chelsea have accepted that they are likely to lose Mateo Kovacic this summer, amid interest in the midfielder from Bayern Munich, Manchester City and Manchester United.
[@JacobSteinberg] #MUFC pic.twitter.com/5Uru2YOQ89
— UtdActive (@UtdActive) May 10, 2023
Bersama era Ten Hag ketika ini, Da kemungkinan besar Kovacic mungkin akan bersama United kerana corak permainan diterapkan pengendali tersebut dianggap sangat berkualiti dan membawa mereka lebih baik berbanding musim-musim lalu.