Manchester United didapati tidak bersalah dalam isu perpindahan yang melibatkan pemain mereka iaitu Paul Pogba.
Pemain yang dibeli dari Juventus itu dikatakan telah menimbulkan keraguan pihak FIFA mengenai perpindahan tersebut.
Namun begitu, FIFA berkata kelab England itu tidak bersalah dalam hal ini.
Sebaliknya, tumpuan FIFA kini teralih kepada kelab penjual iaitu Juventus dan juga ejen Pogba iaitu Mino Raiola.
FIFA berjaya menghidu ada beberapa keraguan dalam perjanjian diantara Raiola dan juga Juventus mengenai penjualan Pogba.
Hal ini kerana, Raiola dikatakan memperoleh hampir separuh daripada jumlah wang perpindahan Pogba yang diterima oleh Juventus.
Jumlah tersebut bernilai £41 juta, satu nilai yang cukup besar!
Juventus dan juga Raiola dikatakan telah melanggar peraturan pemilikan pihak ketiga (third party ownership) yang ditetapkan oleh FIFA.
FIFA amatlah melarang pemilikan pihak ketiga dalam bola sepak. Malah badan induk bola sepak dunia itu juga melarang kelab dan juga pemain mempunyai perjanjian dengan hak ekonomi dengan orang luar.
Hukuman bagi mereka yang melakukan kesalahan pemilikan pihak ketiga adalah denda sebanyak 6 angka.
Andai kata Juventus didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman sekatan perpindahan oleh FIFA.
Sumber:
- Daily Mail (2017): Man United cleared of any wrongdoing in Paul Pogba deal as FIFA open proceedings against Juventus; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4622794/Man-United-cleared-FIFA-Paul-Pogba-transfer.html