Manchester United sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Southampton sebentar tadi. Ia jelas keputusan yang bukan diharapkan oleh ramai penyokong The Red Devils selepas pasukan itu cemerlang menewaskan Leeds United dengan jaringan 5-1 pada minggu lalu.
Berikut adalah lima perkara yang boleh kita simpulkan dari perlawanan sebentar tadi.
1. Rekod di St.Mary
Manchester United memiliki rekod yang agak baik beraksi di Stadium St.Mary. Mereka tidak terkalah dalam 1o kunjungan lalu, merekodkan empat keputusan seri dan enam kemenangan.
Lebih menarik enam kemenangan tersebut, Man United ketinggalan terlebih dahulu sebelum bangkit enam perlawanan tersebut.
A point apiece at St Mary's 🤝#SOUMUN pic.twitter.com/sW3JBmXe6i
— Premier League (@premierleague) August 22, 2021
Pertemuan kali ini tiada bezanya. Skuad Ole Gunnar Solskjaer terlebih dahulu ketinggalan pada babak pertama perlawanan apabila percubaan Che Adams terbias Fred untuk menewaskan David de Gea.
Jaringan pada babak kedua perlawanan oleh Mason Greenwood berjaya menyamakan kedudukan buat skuad The Red Devils. Man United bernasib baik rekod kekalahan mereka di St.Mary terus kekal.
2. Kekasaran terhadap Bruno Fernandes
Anda boleh terus berdebat sekiranya pengadil seharusnya memberikan foul kepada ketika Bruno Fernandes selepas pemain itu dijatuhkan Jac Stephens.
Disebabkan kekasaran tersebut, Man United telah kehilangan bola sehingga menyebabkan mereka ketinggalan selepas rembatan Che Adams terbias oleh Fred, sebelum menerjah jaring gol menewaskan David de Gea.
Breakthrough for Southampton! 😇
Jack Stephens wins the ball from Bruno Fernandes high up the pitch and Che Adams' deflected effort beats David de Gea! 🎯 pic.twitter.com/rss9XapU9l
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 22, 2021
Antara perubahan yang dilakukan oleh Premier League pada musim ini ialah untuk memberikan advantage kepada pasukan menyerang. Ini bermakna kekasaran yang kurag jelas (soft foul) akan diabaikan.
Ia adalah antara beberapa perubahan yang dilakukan oleh Premier League sebelum pertandingan bermula selain peraturan yang lebih lenient berkaitan gol offiside.
3. Semakin sukar buat Anthony Martial
Khabar angin Anthony Martial akan meninggalkan Old Trafford bukan perkara baharu.
Penyerang berusia 25 tahun itu semakin sukar mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Man United, dan berada di belakang Marcus Rashford dan Edinson Cavani sebagai pilihan penyerang.
Ketiadaan dua penyerang utama menyebabkan Solskjaer terpaksa bergantung kepada Martial buat sementara waktu. Dikeluarkan pada minit ke-59 untuk memberi laluan kepada Jadon Sancho, satu-satunya sumbangan Martial dalam perlawanan ini ialah ketika tandukan pada awal permainan, dikeluarkan oleh pertahanan Southampton di garisan gol.
Sudah terlalu banyak peluang diberikan kepada Martial sebelum ini. Mungkinkah tiba masanya untuk Martial mencari angin baharu bersama kelab lain?
4. Kredit pertahanan Southampton
Kredit juha harus diberikan kepada barisan pertahanan Southampton yang cukup berdisiplin mengekang ancaman jentera serangan Man United dalam perlawanan ini.
Antara pemain yang menyerlah adalah bek kanan, Tino Livramento. Pemain muda berusia 18 tahun itu cemerlang mematikan segenap ancaman dari sebelah kiri Man United, khususnya dari Martial, Pogba, dan Luke Shaw.
Tino Livramento’s game by numbers vs. Man Utd:
52 touches
6 duels won
6 interceptions
5 ball recoveries
2 clearances
2 crosses
1 tackle
0 x dribbled pastMOTM. pic.twitter.com/yp8Wl7hqUa
— Squawka (@Squawka) August 22, 2021
Dalam perlawanan ini, Livramento melakukan enam pintasan – terbanyak yang pernah dilakukan oleh seorang pemain pertahanan di Premier League dalam satu perlawanan.
5. Man United bernasib baik
Bukanlah prestasi dan permainan yang diharapkan oleh penyokong Manchester United. Kehilangan mata sebegini boleh memberi padah pada ketika setiap pasukan mulai bersaing untuk kejuaraan.
Namun dalam perlawanan ini, ia lebih kepada satu mata berharga dari kehilangan dua mata buat anak buah Ole Gunnar Solskjaer.
Man Utd’s last 27 away games in the Premier League:
WDDWWWWWWWWWWDWDWDDDDWWDWWD
The record run continues. pic.twitter.com/Cgy7I0eJKr
— Squawka (@Squawka) August 22, 2021
Ini berdasarkan intensiti serangan yang ditampilkan pasukan tuan rumah di babak akhir perlawanan, berbanding peluang yang dicipta Man United.
Mampukah Man United menjadi antara pencabar kejuaraan pada musim ini?