Man United Bakal Ikat Kontrak Christian Eriksen Selama 3 Tahun

Di sebalik laluan berliku yang dihadapi oleh Manchester United untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Barcelona iaitu Frenkie de Jong, kini tumpuan terarah pula kepada pemain berpengalaman Denmark, Christian Eriksen.

Pemain tengah kreatif itu dijangka bakal menjadi pemain terbaharu menyertai United pada musim baru ini.

Menurut ESPN, Eriksen yang kini menjadi pemain bebas ejen dikhabarkan bakal menyertai United selama tiga tahun kontrak sebaik sahaja selesai menjalani ujian medikal.

Eriksen telah menyertai Brentford pada pertengahan kedua musim lalu dan telah menjadi antara tunjang kekuatan kelab tersebut menerusi aksi permainannya.

Bersama Brentford, Eriksen telah beraksi 11 perlawanan dan berjaya menyumbang satu gol dan pemain ini dilihat tidak akan menyambung kontrak bersama kelab tersebut untuk ke Old Trafford.

Sebelum itu, Tottenham Hotspurs juga dilihat telah memantau perkembangan pemain ini sebelum pengurus mereka, Antonio Conte berundur daripada membuat sebarang tawaran dan membuka peluang buat United untuk memiliki Eriksen.

Eriksen dijangka menjadi pemain kedua yang berjaya ditandatangani oleh kelab tersebut sejak Erik Ten Hag menjadi menjadi pengurus kelab tersebut.

Sebelum itu, mereka telah pun sah menandatangani khidmat pemain muda dari Belanda yang beraksi di posisi pertahanan kiri iaitu Tyrell Malacia.

Untuk Eriksen, ini merupakan salah satu perkembangan positif buat dirinya setelah sebelum itu menderita dengan sakit dialami beliau iaitu cardiac arrest ketika beraksi di pentas antarabangsa bersama Denmark.

Disebabkan perkara tersebut juga, khidmat beliau bersama Inter Milan ketika itu terpaksa ditamatkan pada Disember 2021.

Pada Januari tahun ini, Eriksen telah pun rasmi menyertai Brentford dalam saingan English Premier League (EPL) dan berjaya membantu kelab tersebut menamatkan kedudukan liga di tangga ke-13.

Pemain berusia 30 tahun ini mula beraksi di peringkat senior bersama Ajax pada tahun 2010 hingga 2013 sebelum menyertai Tottenham Hotspurs pada tahun tersebut sehingga 2020.

Pada pertengahan 2020, Eriksen buat pertama kali menyertai Serie A untuk bersama-sama Inter Milan selama satu musim dan kembali beraksi di pentas EPL awal tahun ini bersama Brentford.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN