Man. United 3 Basel 0, Rashford Jaringkan Gol Di Hari Debut Sekali Lagi

Marcus Rashford dan gol pada hari debut seakan-akan tidak dapat dipisahkan. Selepas menjaringkan gol dalam debut bersama United, debut dalam EPL, debut dalam Piala Liga, debut untuk England, dan debut untuk England B-21.

Kini, bintang muda yang kian meningkat naik ini menjaringkan gol di dalam debut UCL beliau.

Manchester United terlalu unggul untuk disaingi oleh Basel di dalam perlawanan ini. United mendominasi 60% perlawanan ini dengan 18 cubaan gol dilakukan oleh mereka sepanjang perlawanan.

Penjaga gol lawan berada dalam prestasi yang agak baik dengan melakukan 5 ‘saves’ namun masih gagal untuk menghalang United menang 3-0.

Pemain terbaik perlawanan, Fellaini membuka tirai jaringan pada minit ke-35. Fellaini yang sebelum itu beada di bangku simpanan.

Beliau dibawa masuk pada minit ke-19 menggantikan Paul Pogba yang tidak dapat meneruskan perlawanan. Fellaini ternyata tidak dipengaruhi drama big mac beliau di luar padang.

Lukaku meneruskan rentak cemerlang di hadapan gol dengan membuka akaun gol UCL beliau bersama Manchester United. Lukaku menyudahkan hantaran cantik Daley Blind pada minit ke-53.

6 gol daripada 6 perlawanan setakat ini untuk Lukaku.

Di kala perlawanan seakan-akan berakhir 2-0, Rashford menerima hantaran Fellaini, 7 minit sebelum masa perlawanan tamat. Rashford tidak melakukan kesilapan dalam cubaan beliau dan memastikan United menang 3-0.

Rashford membuktikan karakternya sebagai pemain yang memiliki penyudah semulajadi di dalam padang.

Kemenangan United ini meletakkan mereka di tangga teratas kumpulan A. Jose Mourinho sudah pastinya gembira dengan permulaan yang baik di hari kepulangan semula United ke UCL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN