Man City Terguris Sikap Napoli Tidak Tepati Janji

Manchester City mungkin tidak akan melakukan sebarang urusniaga bersama Napoli di masa hadapan selepas apa yang berlaku membabitkan Jorginho.

Pemain antarabangsa Itali itu adalah sasaran utama Pep Guardiola pada musim panas ini, namun menyertai Chelsea dengan kontrak selama lima tahun dengan nilai tidak kurang €60 juta.

City sebelum itu turut dikatakan sedang dalam proses akhir untuk membawa Jorginho ke Etihad.

LONDON, ENGLAND – JULY 13: Chelsea Unveil New Signing Jorginho at Stamford Bridge on July 13, 2018 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Malah City mempercayai Jorginho sebenarnya berminat menyertai mereka walaupun pengerusi Napoli, Aurelio De Laurentiis mendakwa pemain tengah berusia 26 tahun itu lebih berminat berpindah ke London.

Pada Khamis lalu, Jorginho dikatakan bersetuju untuk menyertai Manchester City, namun sumber dari ESPN mengatakan Napoli memaksa pemain itu untuk kekal dan menghasbiskan kontrak selama 2 tahun bersama mereka jika enggan menyertai Chelsea.

De Laurentiis turut dilaporka telah bersetuju dengan tawaran £43 juta yang ditawarkan oleh juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu, dan pengumuman oleh Chelsea yang berjaya mengikat Jorginho sudah tentu mengejutkan pengurusan di Etihad.

LONDON, ENGLAND – JULY 13: Chelsea Unveil New Signing Jorginho with Chelsea Head Coach Maurizio Sarri at Stamford Bridge on July 13, 2018 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Selain Jorginho, Chelsea turut membawa masuk bekas pengurus Napoli, Maurizio Sarri dan memecat Antonio Conte yang merupakan pengendali kelab London itu selama dua musim sebelum ini.

Setakat ini, City hanya telah mengesahkan pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez sebagai pemain baharu mereka setelah pemain antarabangsa Algeria itu sah menyertai mereka pada minggu lalu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN