Manchester City dilihat akan terus memperkasakan pasukan selepas ini, dengan beberapa pemain baharu dijangka bakal dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas akan datang.
Terbaharu, City dilaporkan telah pun memulakan langkah mereka untuk menandatangani pemain tengah berpengaruh Real Madrid, Toni Kroos.
🔔 | Manchester City 'have made huge approach' to sign Toni Kroos on a free transfer https://t.co/4eTNoOcI4X
— SPORTbible News (@SPORTbibleNews) November 17, 2022
Kroos menjadi sasaran baharu gergasi dari England itu, apabila City menyasarkan beliau menerusi perpindahan percuma musim panas ini untuk memperkukuhkan jentera tengah.
Kontrak pemain berusia 32 tahun itu bakal tamat bersama Real pada musim panas ini, Kroos dilihat masih belum menetapkan perjalanan karier beliau untuk masa akan datang.
Pasukan tersebut bagaimana pun masih lagi mahu Kroos untuk kekal pada masa akan datang kerana beliau merupakan seseorang yang sangat penting di bahagian tengah.
Namun, Kroos ketika ini masih lagi berdiam diri tanpa membuat sebarang keputusan untuk kekal atau mendapatkan angin baharu bersama kelab berbeza.
Terkini, laporan yang dikeluarkan oleh Sport Bible menyatakan Kroos telah pun dipantau secara teliti oleh City dan mereka telah pun menghubungi dirinya.
Ketika ini, City sudah pun mempunyai dua pemain yang beraksi sama posisi seperti Kroos dalam senarai tonggak mereka iaitu Kalvin Phillips dan Rodrigo.
– @ToniKroos, ¿te gustan los GOLAZOS?
– Sí.
– Ya veo, ya… pic.twitter.com/mGEyzQhrM6— Real Madrid C.F. (@realmadrid) November 14, 2022
Kelab tersebut juga dilaporkan sedia untuk mendapatkan khidmat Kroos bersama mereka dengan nilai disediakan sebanyak €14 juta untuk setahun.
Nilai tersebut jelas meningkat tinggi, dengan pemain tersebut bakal mendapat £230,000 untuk seminggu dan melebihi €9 juta setahun berbanding ketika bersama Real.
Sebelum ini, pemain tengah Jerman itu sudah pernah menjalinkan kerjasama bersama Pep Guardiola sewaktu mereka bersama Bayern Munich pada musim terakhir Kroos di sana.
Beliau telah menyifatkan Pep sebagai seseorang yang sangat sempurna sama seperti rencana permainan beliau di atas padang.
“Guardiola berjuang sehingga ke hari terakhir untuk saya tinggal di Bayern. Jika saya perlu pilih jurulatih mana yang sempurna untuk permainan saya, ianya Guardiola.
“Saya sangat teruja dalam masa setahun bersama dirinya. Beliau banyak tingkatkan kualiti permainan saya,” jelas Kroos.
Bersama Real, beliau telah pun beraksi sebanyak 383 perlawanan, memenangi empat kali kejuaraan Champions League, dan tiga kali menjuarai LaLiga sejak penyertaan pada musim 2014 lalu.
Toni Kroos: "Pep Guardiola fought until the last day to keep me at Bayern. If I had to choose a coach who is perfect for my game, it's Guardiola. I really enjoyed my year with him in Munich, he improved me a lot." [@vamos] pic.twitter.com/7AIsBYUIkC
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) November 4, 2022
Musim ini Kroos telah beraksi dalam 18 perlawanan dan telah meledak satu gol, selain buat pertama kali dalam karier, beliau mendapat layangan kad merah.