Man. City Hampiri Kejuaraan, Lukaku Ledak Gol Ke-100, Liverpool Bangkit Atasi Crystal Palace

Manchester City kini semakin hampir dinobatkan sebagai juara EPL 2017/18 selepas menang 3-1 ke atas Everton di Goodison Park. City kini menjarakkan diri 16 mata daripada Man. United.

Manchester City menjaringkan kesemua 3 gol pada separuh masa pertama bermula pada minit ke-4 menerusi Leroy Sane. 2 lagi gol menerusi Raheem Sterling dan Gabriel Jesus. Gol sagu hati Everton dijaringkan Yannick Bolasie.

Manchester City mencatatkan rekod baru dengan penguasaan bola 82.13%. Penguasaan bola terbanyak oleh pasukan pelawat sejak 2003 data Opta diambil.

Manchester City kini berpeluang mengesahkan kejuaraan liga mereka dalam perlawanan EPL menentang Manchester United di Etihad selepas ini. Namun mereka akan berhadapan Liverpool dahulu dalam kempen UCL.

Ini merupakan kekalahan ke-14 Everton musim ini.

Liverpool bangkit

Liverpool berjaya bangkit daripada ketinggalan 1 gol dengan kemenangan 1-2. Siapa lagi penjaring kemenangan kalau bukan Mohamed Salah.

Crystal Palace di hadapan menerusi jaringan penalti oleh Milivojevic selepas Zaha dirempuh oleh Karius.

Liverpool merapatkan kedudukan menerusi Sadio Mane pada minit ke-49. Benteke mensia-siakan 2 peluang keemasan dalam perlawanan ini. Akhirnya, Palace dihukum Liverpool dengan gol kemenanga Mohamed Salah, pada minit ke-84.

Salah menyamai rekod Didier Drogba sebagai pemain Afrika yang menjaringkan 29 gol EPL dalam semusim.

Lukaku catat gol seabad

Romelu Lukaku menjaringkan gol EPL ke-100 dalam karier beliau dengan gol pembukaan pada minit ke-5. Beliau menjadi pemain ke-5 termuda untuk mencatatkan angka gol EPL ke-100 dalam sejarah selepas Michael Owen, Robbie Fowler, Wayner Rooney dan Harry Kane.

Alexis Sanchez cemerlang dalam perlawanan ini. Selepas melakukan bantuan gol kepada Lukaku, beliau menjaringkan gol ke-2 United pada minit ke-24.

Man. United harus berterima kasih sekali lagi kepada De Gea yang cemerlang di hadapan gol. Beliau menafikan 2 percubaan yang berpotensi gol pada separuh masa pertama.

De Gea kini sudah mencatatkan 20 ‘clean sheet’, 15 daripadanya adalah dalam EPL musim ini. Satu rekod yang luar biasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN