Man City Bangkit Atasi Real Madrid, Sergio Ramos Dapat Kad Merah

Gabriel Jesus dan Kevin de Bruyne menjaringkan gol lewat perlawanan – untuk membantu Manchester City bangkit daripada ketinggalan satu gol – dan mengalahkan Real Madrid dan aksi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Ini adalah kemenangan di pusingan pertama peringkat akhir 16 pasukan. Perlawanan kedua akan berlangsung 3 minggu dari sekarang.

Pasukan pelawat ternyata pasukan yang lebih dominan dalam perlawanan ini. Real Madrid berjaya mengimbangi perlawanan dengan beberapa siri serangan menarik.

City turut mendapat peluang keemasan menerusi Gabriel Jesus, namun rembatan jarak dekat beliau ditepis oleh Thibaut Courtois.

Real Madrid turut mempunyai peluang keemasan apabila Vinicius Jr melakukan hantaran lintang tepat ke arah Benzema. Tandukan Benzema, bagaimanapun, diselamatkan oleh Ederson dengan satu layangan badan yang kemas.

Jesus melakukan satu lagi percubaan, voli yang terbias pada kaki Ramos dan hampir menggegar gawang. Mujur Real Madrid berjaya mengeluarkan bola dari atas garisan gol.

Pada minit ke-55, Riyad Mahrez dalam kedudukan satu lawan satu dengan Courtois. Rembatan Mahrez berjaya ditepis oleh penjaga gol antarabangsa Belgium tersebut.

Pasukan tuan rumah akhirnya di hadadapan menerusi jaringan Isco pada minit ke-60. Beliau menerima hantaran leret daripada Vinicius Jr, dan kali ini Ederson tertewas.

Ini jaringan pertama Isco di peringkat kalah mati UCL sejak 2017.

Pada minit ke-78, Manchester City akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Gabriel Jesus. Satu tandukan jarak dekat yang hampir berjaya dihadang oleh Courtois. Tetapi bola terlalu sukar untuk diselamatkan kali ini.

Tidak lama selepas itu, Man City di hadapan, menerusi gol penalti oleh Kevin De Bruyne. Ia berpunca daripada Dani Carvajal melakukan bentesan kotor ke atas Raheem Sterling.

Kali ini tiada masalah untuk Man City menyempurnakan penalti tersebut.

City hampir menambah satu lagi gol, tetapi Sergio Ramos melakukan tactical foul yang mengundang kad merah.

Tamat perlawanan Man City menang 2-1 ke atas Real Madrid di Santiago Bernabeu.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

https://youtu.be/H0wqxSHFRtQ

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN