Man City 22 Mata Di Belakang Liverpool, Guardiola Kecewa Dengan Zinchenko

Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Loading official content
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
Go behind the scenes at Clairefontaine and watch Kylian Mbappé and other France stars taking part in the first squad photo of the year.
0 seconds of 58 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training
00:33
00:00
00:58
00:58
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video French Federation di OneFootball

Manchester City gagal untuk mengurangkan jurang mata yang sangat jauh dengan Liverpool.

Man City tewas 2-0 di tangan Spurs dalam aksi EPL yang berlangsung di Stadium Tottenham.

Dua gol Spurs dihasilkan pada separuh masa kedua, menerusi pemain baharu, Steven Bergwijn dan juga Son Heung Min.

Manchester City terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Oleksandr Zinchenko dibuang padang pada minit ke-60.

Pep Guardiola tidak mahu mengkritik aksi pasukannya, tetapi beliau agak kecewa kerana Zinchenko dibuang padang, walaupun sudah diberikan amaran oleh beliau ketika rehat.

Guardiola menganggap ini adalah satu lagi permainan di mana Man City kalah walaupun bermain lebih baik daripada lawan mereka.

“Kami bermain dengan baik tetapi kalah dalam perlawanan ini. Dan ianya berlaku lagi. Mereka mempunyai dua tembakan ke arah gol dan menjaringkan dua gol.”

“Saya tidak ada banyak komen tentang prestasi pasukan kami. Kita perlu menerimanya dan menganalisisnya. Ia tidak mudah. Jujurnya, kami sudah mencuba yang terbaik.”

“Dengan prestasi seperti yang kami tunjukkan ini, bagaimana saya perlu menjadi kritikal ke atas pasukan saya?”

“Ianya akan menjadi satu kesalahan besar jika mengkritik prestasi seperti yang kami pamerkan hari ini.”

“Kami mencipta lebih banyak peluang dan bolos beberapa gol.”

“Kad merah kepada pemain kami adalah detik penting dalam perlawanan.”

“Saya sudah ingatkan pada rehat separuh masa agar kita lebih berhati-hati pada separuh masa kedua. Kad kuning itu dilayangkan untuk insiden yang pantas dalam sekelip mata.”

Saksikan rangkuman aksi perlawanan di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN