Persembahan kemas yang ditampilkan di babak kedua dalam aksi persahabatan menentang Jordan pada Ogos 2019 hampir membantu Malaysia mengejutkan lawan yang berada di ‘top 100’ ranking FIFA ketika itu.
Tindakan pengendali, Tan Cheng Hoe membawa masuk Syafiq Ahmad di babak kedua memperbaiki segala isu di jentera hadapan Harimau Malaya dengan membawa dimensi baharu kepada corak serangan pasukan.
Namun, Malaysia tetap gagal untuk memburu jaringan penyamaan apabila beberapa peluang boleh gol gagal dimanfaatkan skuad negara untuk menafikan jaringan awal minit ke-7 oleh kapten Jordan, Saeed Murjan.
Jordan Bernasib Baik, Rekodkan Kemenangan Tipis Ke Atas Harimau Malaya – https://t.co/juNQGSKFQc pic.twitter.com/AbOMjBsOa9
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 30, 2019
Bagaimana kem Jordan kali ini?
Situasi hampir sama di kem Jordan kali ini apabila mereka terpaksa membuat rombakan. Pada aksi sebelum ini, mereka membawa skuad muda dan hanya 17 pemain sahaja tiba di Kuala Lumpur untuk perlawanan.
Kali ini, mereka terpaksa pecahkan skuad mereka kepada dua dengan salah satunya untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) B-23 di Arab Saudi. Mereka juga kehilangan pemain akibat kecederaan. Itu adalah kenyataan pengendali, Adnan Hamad yang tidak diketahui sejauh mana kesannya.
Mereka hanya kehilangan pemain-pemain muda, namun tetap akan dibarisi oleh pemain-pemain senior yang sudah memiliki pengalaman antarabangsa. Jadi rombakan tersebut mungkin bukanlah isu besar buat mereka.
BINA KESEBELASAN UTAMA MALAYSIA PILIHAN ANDA! 🇲🇾
Daripada 22 pemain yang dipanggil baru-baru ini, quote tweet ini dengan kesebelasan utama terbaik Harimau Malaya mengikut pilihan anda.
GO! pic.twitter.com/RRVWXiVm8s
— Sukanz. (@sukanzcom) October 4, 2021
Malaysia skuad eksperimental
Berbanding Malaysia, kali ini skuad negara dibarisi majoriti pemain yang masih ‘hijau’ di arena antarabangsa. Malah, ada antara mereka yang kali pertama menyertai pasukan seperti Al-Hafiz Harun dan Hakimi Abdullah.
Mungkin atas dasar itu, Cheng Hoe tidak mahu meletakkan misi memburu kemenangan untuk skuad kali ini. Apa yang mahu dilihatnya adalah aspek permainan dan prestasi setiap pemain sama ada sesuai untuk kekal bersama Harimau Malaya. Disamping itu, beliau juga mahu membesarkan ‘kolam’ pilihan pemainnya.
Sasaran Cheng Hoe membentuk skuad untuk Piala AFF Suzuki 2020 dan juga pusingan kelayakan Piala Asia 2023, Mac depan. Mampukah skuad ini menyamai prestasi skuad 2019 yang hampir kejutkan Jordan?
Mahu tidak mahu, pemain-pemain baharu yang mungkin tersenarai pada malam ini perlu beri sehabisnya.
Apa yang perlu diperbaiki dan dilakukan?
Malaysia perlu baiki isu ketumpulan jentera serangan. Itu aspek paling ketara pada perlawanan sebelum ini. Malaysia tiada masalah di benteng atau tengah yang diketuai oleh Shahrul Saad di benteng dan Brendan Gan di tengah. Farizal Marlias juga cemerlang di gawang gol apabila menepis beberapa percubaan lawan.
Selepas kesilapan awal memberikan gol kepada Jordan di minit ke-7, Malaysia memperkemaskan permainan.
Malah di babak kedua, Malaysia mengasak lawan bertubi-tubi, namun masalah produk akhir jadi halangan.
Larian pantas Mohammad Al-Zubi berhasil membelah perangkap offside Malaysia dan membuka ruang buat pelawat menerusi sentuhan baik Saeed Murjan telah menewaskan Farizal Marlias di gawang golnya.
Bagi aku, player yg betul2 nampak kelainan time call-up kali ni Syafiq Ahmad la. Masa lwn Jordan masatu dh nampak la, dia masuk je terus padu forward. Game yg lwn Indon ni lagi la mantap. Sebelum2 ni effect dia kureng do(sorry) https://t.co/iHukWUiT4P
— HAR🔺PANditangankita🇲🇾🇵🇸 (@raadzi_) September 6, 2019
Kemasukkan Syafiq Ahmad memberi dimensi baharu dengan larian dan gerakkannya. Norshahrul Idlan Talaha yang diletakkan selaku penggempur utama gagal menghadirkan ancaman tersebut ke gawang lawan.
Jadi, pemain yang akan mengemudi jentera serangan wajar memberikan sesuatu pada malam ini. Tidak kisah sama ada Guilherme de Paula atau penyerang muda, Luqman Hakim, mereka wajib meledak jaringan.
Skuad negara ketika itu dalam momentum terbaik sebenarnya berbanding sekarang. Jordan akhirnya telah berjaya menamatkan rentetan empat kemenangan yang dicatat oleh skuad kebangsaan sehingga Ogos.
Tahun ini, selepas lima aksi, Malaysia hanya menang sekali iaitu kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand pada 15 Jun lalu. Malaysia tewas dalam baki empat aksi lain iaitu kepada Kuwait, Bahrain, UAE dan Vietnam.
Dengan barisan pemain yang majoritinya baharu dan cetek pengalaman, diharapkan ia tidak mendatangkan musibah. Isu kesefahaman dan kombinasi baik perlu diutamakan dalam perlawanan berdepan Jordan.