Mampukah Pasukan Kerdil Pecahkan Dominasi JDT Di Piala Malaysia?

Piala Malaysia akan membuka tirai pada 26 Oktober dan ketika ini kesemua pasukan sedang melakukan persiapan terakhir sebelum sepak mula.

Persoalannya adakah saingan Piala Malaysia tahun ini akan ada kejutan dari pasukan bukan pilihan? Pasukan dari Liga Premier akan mencipta kejutan pada saingan kali ini?

Atau kita akan dapat juara yang sama lagi seperti Piala FA baru-baru ini?

Untuk saingan Piala Malaysia berlaku sedikit perubahan format dan tiada aksi peringkat kumpulan tetapi ia bermula dari pusingan 16 pasukan terakhir.

Maka ini membuka ruang dan peluang kepada kesemua pasukan terutama kelab bukan pilihan untuk mencipta kejutan ke atas lawan mereka.

Ada pasukan ketika bersaing di peringkat liga, mereka tidak beraksi baik tetapi ketika bertanding dalam Piala Malaysia maka kejutan akan diberi kepada lawan.

Beberapa pasukan sebelum ini sudah membuktikan aura Piala Malaysia sangat berbeza dan kedudukan di liga tidak boleh menjadi ukuran sebenar.

Contoh paling tepat adalah KL City yang berada dipertengahan liga tetapi berjaya mendiamkan Johor Darul Ta’zim di pentas akhir Piala Malaysia tahun lepas.

Begitu juga beberapa pasukan seperti PDRM, T-Team dan Melaka United yang kurang menyerlah dalam saingan liga tetapi berjaya mara sehingga ke separuh akhir kejohanan.

Tidak kurang hebatnya dengan pasukan dari Liga Premier biarpun di lihat pasukan ‘kelas kedua’, tetapi mereka beberapa kali berjaya mengejutkan pasukan Liga Super.

Antaranya Felda United, ATM, MPPJ dan pasukan dari Borneo seperti Sarawak serta Sabah yang berjaya mara sehingga ke separuh akhir.

Malah, ATM dan MPPJ melakar sejarah tersendiri untuk beraksi di pentas akhir Piala Malaysia dengan pasukan dari Selangor itu pernah menjuarai kejohanan pada 2003.

Pasukan ini bukan dari Liga Super tetapi semangat juang yang jitu menyebabkan mereka menunjukkan jalan keluar satu per satu kepada lawan liga utama.

Paling diingati adalah bagaimana MPPJ mencipta kisah dongeng menjadi realiti dari sebuah kelab yang beraksi di Liga Perdana 2 bersaing bersama pasukan yang lebih kuat daripada mereka.

Dalam saingan liga, MPPJ berada dikedudukan keempat namun di Piala Malaysia, skuad kendalian Dollah Salleh ketika itu mencipta satu fenomena baharu dan melakarkan kejutan terbesar sehingga muncul juara.

Oleh yang demikian, cabaran dari pasukan Liga Premier pada edisi kali ini juga harus diberi perhatian kerana biasanya pasukan ini yang akan memeriahkan lagi pertandingan dengan kejutan demi kejutan.

Perlu diakui, sepanjang edisi Piala Malaysia diadakan, boleh dikatakan pengusaan sebahagian besar dari pasukan Liga Super.

Namun sejarah juga telah membutkikan selagi ada semangat untuk berjuang, pasti akan membuahkan hasil kejayaan buat mana-mana pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN