Mampukah Kelantan Bersaing Dengan Kelab-Kelab Elit Liga Super?

Saingan Liga Super yang akan membuka tirai pada 24 Februari menyaksikan beberapa pasukan mampu menjadi pembunuh gergasi dalam diam terutamanya pendatang baharu seperti mana berlaku pada dua musim yang terakhir.

Jika sebelum ini, Penang dan Negeri Sembilan antara yang mengejutkan banyak pasukan pilihan serta begitu konsisten sehingga penghujung musim.

Malahan dua pasukan ini juga hampir layak ke Piala AFC namun rezeki tidak memihak kepada mereka.

Kelantan antara pasukan yang begitu konsisten musim lepas di Liga Premier namun sedikit lalai di hujung saingan menyebabkan mereka terlepas piala.

Dengan status selaku naib juara Liga Premier 2022, mampukah Kelantan ulangi magis sebagai pendatang baharu untuk merebut tempat terbaik dalam Liga Super musim ini?

Jika mengambil kira persiapan yang dilakukan oleh The Red Warriors (TRW), tampak mereka begitu bersedia untuk mengharungi saingan liga dengan mengadakan perlawanan di Thailand bersama kelab terbaik di sana.

Meskipun keputusan perlawanan tidak memihak pasukan, namun ia adalah satu pengalaman sangat baik untuk pemain dan mereka pasti dapat belajar sesuatu daria perlawanan tersebut.

Pemilik kelab, Norizam Turkiman juga kelihatan serius dan tidak mahu kedatangan mereka ini sekadar pelengkap jadual maka beliau membawa masuk ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik.

Biarpun sebelum ini bekas pemain tengah Korea Selantan ini bertindak sebagai pembantu jurulatih di kelab lamanya, akan tetapi dengan pengalaman yang ada pada Choi, pasti ia dapat digunakan sebaik mungkin untuk Kelantan kembali seperti zaman kegemilagannya.

Mengambil kira apa yang terjadi musim lepas, mungkin atas faktor keletihan dan hilang fokus serta mudah mengalami kecederaan berbaki penghujung perlawanan membuatkan Norizam membawa masuk seorang lagi jurulatih kecergasan dari Korea Selatan, Park Hyun-jun untuk memastikan pemain sentiasa berada ditahap terbaik dan boleh bermain sehingga perlawanan terakhir.

Perlawanan di Liga Super tidak sama seperti di Liga Premier kerana ia lebih kompetitif dan mencabar.

Jika pemain tidak berada di tahap terbaik, pasti mereka akan tercicir mata dan sukar untuk mencabar kedudukan terbaik.

Maka disebabkan itu, TRW membawa masuk beberapa pemain baharu seperti Rozaimi Rahmat, Gerald Gadit, Mario Arques Blasco, Kervens Belfort dan beberapa pemain lain untuk menguatkan lagi pasukan.

Penjaring terbanyak Kelantan musim lepas, Nurshamil Abd Ghani pasti menjadi sandaran utama skuad kendalian Choi bagi mengharungi musim ini dan membantu pasukannya menggegarkan jaring lawan.

Ini juga masa terbaik buat Nurshamil membuktikan dirinya sememangnya penggempur berbisa dan ia bukan nasib ketika beraksi di Liga Premier.

Mampukah Kelantan bersaing bersama pasukan elit di Liga Super musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN