Mampukah Duka Piala FA Ditebus Terengganu Di Piala Malaysia?

Setakat musim 2022 ini, Terengganu hanya mampu menjadi si pengapit dan bukannya raja kepada setiap kejohanan domestik di Malaysia.

Pertama, mereka duka apabila jatuh di halangan terakhir apabila kalah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala FA.

Perlawanan yang akhirnya menguji kualiti #NafuziBall di tahap paling tinggi akhirnya muncul namun sayang sekali skuad Penyu tumbang 3-1 di Bukit Jalil.

Dalam saingan Liga Super, skuad Nafuzi Zain berjaya menepati jangkaan untuk muncul sebagai pencabar utama kejuaraan sedang pasukan seperti Kedah Darul Aman tersungkur.

Namun sayang sekali, pecutan yang dilakukan sudah terlambat dan JDT sekali lagi berjaya menjadi johan liga.

Mujur buat Terengganu, pecutan minit akhir itu berjaya juga membawakan hasil apabila mereka berjaya mengesahkan tempat ke Piala AFC musim hadapan sebagai naib juara liga.

Kini Nafuzi dan skuad Terengganu mempunyai satu lagi peluang untuk akhirnya menjadi sang raja menerusi Piala Malaysia.

Akan tetapi, halangan besar menanti mereka. Pertama sekali yang perlu dilakukan adalah dengan menewaskan Sri Pahang.

Pahang yang kembali dilatih Dato’ Dollah Salleh sambil dibantu Fandi Ahmad menunjukkan semula kestabilan dari segi prestasi dan untuk beraksi di Stadium Darul Makmur jelas sekali cabarannya amat sukar.

Mereka memberikan isyarat yang apabila tiba di Darul Makmur, bukannya jaminan kemenangan akan diberikan kepada pelawat. Sebaliknya, anda perlu berhempas pulas sebelum mampu pulang dengan hasil yang diinginkan.

Kem Terengganu sedikit sebanyak pastinya terkesan dengan isu lanjutan kontrak Nafuzi yang kini sudah ditawarkan untuk kekal selama setahun lagi.

Akan tetapi, mereka pasti akan cuba untuk menyingkirkan segala gangguan itu bagi memastikan misi memperoleh hadiah utama iaitu Piala Malaysia akan berhasil.

Jika Terengganu berjaya mengatasi cabaran Pahang, mereka berpotensi untuk bertemu juara bertahan iaitu Kuala Lumpur City di suku akhir.

Itu pun sekiranya finalis Piala AFC 2022 itu berjaya mengatasi cabaran PDRM terlebih dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN