Malut United Akui Peroleh Manfaat Terbaik Untuk Aksi Bertemu Kedah

Pengendali Malut United iaitu Imran Nahumary antara tampil sangat teruja untuk aksi persahabatan membabitkan kelabnya itu menghadapi cabaran Kedah Darul Aman (Kedah) pada Rabu ini.

Ketika ini, saingan Liga 1 Indonesia berehat seketika untuk memberi laluan buat pasukan antarabangsa mengikut ketetapan jadual oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tatkala ada pasukan yang sekadar mengharungi sesi latihan sesama sendiri, tampil Malut United untuk menyahut seruan di Malaysia bagi menjalani aksi persahabatan bersama Kedah.

Menerusi perkongsian dibuat oleh laman rasmi Kedah, kelab itu bakal menghadapi aksi persahabatan bermula pada 28 Ogos secara tertutup dan 30 Ogos di Stadium Darul Aman, Alor Setar bersamaan hari Jumaat pada jam 8:45 malam.

“Kedah Darul Aman FC dengan bangganya mempersembahkan Nusantara Challenge 2024, sebuah kejohanan bola sepak persahabatan bertaraf antarabangsa yang akan menemukan pasukan dari rantau Nusantara.

“Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2024 (Perlawanan Latihan Tertutup) dan 30 Ogos 2024 (Perlawanan Utama – Persahabatan Antarabangsa Tier 2) di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

“Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kesukanan di antara negara-negara Nusantara, di samping merayakan keunikan dan kekayaan warisan budaya yang dikongsi bersama.

“Nusantara Challenge 2024 bukan sekadar sebuah perlawanan bola sepak, tetapi juga lambang perpaduan dan kebangkitan semangat serantau yang telah lama terjalin di Asia Tenggara.

“Nusantara Challenge 2024 adalah platform untuk mempamerkan bakat bola sepak dan menjalin kerjasama erat di kalangan negara-negara jiran di rantau ASEAN.

“Untuk edisi sulung ini, Nusantara Challenge 2024 menampilkan pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC (Liga Super Malaysia), serta pasukan jemputan Malut United FC – Maluku Utara United FC (BRI Liga 1) dari Indonesia.

“Kejohanan ini dijangka akan membawa pengalaman bola sepak yang penuh dengan aksi mendebarkan dan mempamerkan bakat-bakat terbaik dari rantau ini,” jelas laman berkenaan.

Menurut pengendali kelab tersebut iaitu Imran Nahumary, beliau menganggap Malut United bakal mendapat manfaat terbaik untuk mengukuhkan lagi persefahaman antara pemain.

“Latihan bersama Kedah di Malaysia mampu memberi manfaat terbaik buat Malut United kerana kami dapat menggunakan peluang ini untuk meningkatkan persefahaman antara pasukan kini,” ujar beliau menerusi laporan Bola.com.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN