Malcom Sertai Zenit St. Petersburg, Tolak Tawaran Everton Kerana Tiada UCL

Bintang tersisih Barcelona, Malcom dilaporkan bersetuju untuk menyertai Zenit St. Petersburg, dan menolak tawaran daripada Everton.

Malcom yang tidak mendapat tempat dalam pasukan utama Barcelona, mencari haluan baharu dalam karier beliau. Ernesto Valverde kini dalam proses untuk menjual beberapa pemain.

Musim lalu, Malcom hampir pasti menyertai AS Roma dengan memberikan perjanjian lisan. Namun pada saat akhir beliau tidak menaiki penerbangan ke Itali. Sebaliknya Malcom ke Barcelona.

Marah dengan tindakan Malcom itu, AS Roma pernah mengugut untuk mengambil tindakan perundangan ke atas pemain itu.

Zenit awalnya melakukan bidaan sekitar €41 juta untuk Malcom. Namun Barcelona meminta sekurang-kurangnya €45 juta untuk pemain tersebut.

Selepas beberapa siri perbincangan akhirnya, Zenit dan Barcelona mencapat kesepakatan dengan bayaran asas €40 juta dengan tambahan khas €5 juta lagi.

Malcom setuju dengan kontrak 5 tahun bersama pasukan Rusia tersebut. Beliau akan menjalani pemeriksaan medikal pada minggu ini.

Laporan oleh RMC menyatakan Malcom menolak tawaran daripada Everton kerana mahu bermain di UCL. Di mana pasukan tersebut gagal untuk beraksi di UCL.

Diharap Malcom kali ini mengotakan apa yang beliau kata. Hal ini kerana sebelum ini beliau pernah mengubah keputusan di saat akhir setelah berjanji dengan AS Roma.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN