Malaysia Mulakan Aksi Sukan SEA Dengan Kemenangan, Tewaskan Brunei 2-1!

Perlawanan Malaysia VS Brunei membuka tirai perjalanan skuad muda negara dalam temasya Sukan SEA yang dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Skuad negara nyata garang apabila berjaya memperoleh gol seawal minit ke-4 menerusi Safawi Rasid selepas menyudahkan hantaran lintang dari Matthew Davies dari sebelah kanan.

Gambar: Naim Mahamud/Asiana

Pasukan negara terus menyerang untuk mendapatkan gol kedua dengan bermain bola sepak yang menyakinkan tetapi mereka hilang idea apabila berada di kubu Brunei untuk melakukan penyudah.

Sedang leka diserang, Brunei menjaringkan gol menerusi Zulkhairy Hady pada minit ke-12 menerusi selepas menewaskan Ifwat Akmal menerusi situasi 1v1.

Malaysia terus melakukan pelbagai serangan menerusi Safawi, Matthew, Syafq Ahmad dan juga Jafri Chew namun begitu sebaik sahaja hantaran kunci (key pass) dilakukan, pemain yang sepatutnya melakukan penyudah itu tidak berada di posisi sepatutnya.

Separuh masa kedua diteruskan dengan Malaysia terus bermain permainan menyerang untuk mencari gol kedua mereka.

Hasil akhirnya tiba apabila Adam Nor Azlin menanduk masuk hantaran Safawi menerusi sepakan penjuru pada minit ke-60 untuk meletakkan Malaysia kembali di hadapan.

Brunei hampir menjaringkan gol kedua mereka menerusi satu sepakan percuma dari jarak 40 meter mujur Ifwat berjaya menolak bola itu keluar.

Kontroversi menimpa apabila Safawi dijatuhkan dalam kotak penalti Brunei oleh pertahanan mereka. Safawi kemudiannya dikenakan kad kuning walaupun beliau sebenarnya jelas dijatuhkan pertahanan Brunei.

Secara keseluruhannya, pasukan negara berjaya mencipta deretan peluang namun begitu gol tidak berjaya dihasilkan.

Mereka mungkin boleh menghasilkan 5, 6 gol tetapi sebaik sahaja pemain negara berada di zon bahaya Brunei, mereka seolah-olah tidak tahu nak buat apa.

Itu jelas merupakan perkara yang perlu diperbaiki oleh skuad negara. Kita tidak boleh lagi untuk melepaskan deretan peluang, terutamanya ketika menentang pasukan-pasukan yang lebih berkualiti.

Masa tamat, Malaysia 2-1 Brunei.

Kesebelasan utama

Malaysia: Ifwat Akmal (penjaga gol), Matthew Davies, Adib Zainuddin (ketua pasukan), Adam Nor Azlin, Azam Azih, Jafri Chew (S Kumaarhan), Irfan Zakaria, Syazwan Andik, Safawi Rasid (Syahmi Safari), Daniel Amier (Syamil Khutilaba), Syafiq Ahmad

Brunei: Haimie Nyaring (penjaga gol), Suhaimi Sulau, Akif Roslan (Md Faezuddin), Asnawi Syazni (Abdul Syakir), Faiq Bolkiah (ketua pasukan), Azim Izamuddin, Awg Mohd Aman, Zulkhairy Hady (Mohd Alimuddin), Shafie Effendy, Yura Indera, Haziq Azim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN