Tidak ada banyak perubahan kepada kedudukan ranking dunia FIFA/Coca-Cola seperti yang diumumkan oleh badan bola sepak dunia itu sebentar tadi.
Lima kedudukan teratas masih lagi didominasi oleh Jerman, diikuti oleh Brazil, Portugal, Argentina dan juga Beligium.
Iceland yang berkunjung ke Indonesia untuk dua perlawanan persahabatan baru-baru ini berada di kedudukan ke-20 dunia, naik dua anak tangga sejak Disember lalu.
Ini bermakna Belanda jatuh 1 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-21 dunia.
NEW #FIFARANKING
??Germany stay top, with ??Tunisia and ??Kuwait among the biggest climbers ?
More info ?? https://t.co/JtxKiHjKQ8 pic.twitter.com/tlu6PulaoK
— FIFA.com (@FIFAcom) January 18, 2018
Croatia turut memperbaiki kedudukan, naik dua anak tangga untuk menduduki tangga ke-15 dunia. Selain Croatia, beberapa negara turut mencuri tumpuan dengan peningkatan kedudukan masing-masing.
Kuwait mendaki 15 anak tangga untuk berada di tangga ke-174, Sudan trut mendaki 12 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-124 dunia, dan El Salvador turut berada di kedudukan yang lebih baik selepas mendaki 10 anak tangga untuk menduduki tangga ke-90 dunia.
Di Asia, Taiwan dan Lebanon turut mendaki satu anak tangga untuk masing-masing berada di kedudukan ke-134 dan ke-84 dunia.
Manakala Palestin menduduki kedudukan terbaik dalam sejarah bola sepak mereka, mendaki lima anak tangga untuk menduduki kedudukan ke-75 dunia.
Iran masih kekal sebagai negara terbaik di rantau Asia, mengumpul 797 mata keseluruhan untuk berada di tangga ke-34 ranking FIFA/Coca-Cola.
Congratulations to ??Palestine! ?
They are up 5⃣ places to 7⃣5⃣th in the latest #FIFARanking – their best ever position ??
? https://t.co/JtxKiHjKQ8 pic.twitter.com/IqpMtBplli
— FIFA.com (@FIFAcom) January 18, 2018
Vietnam pula adalah negara terbaik di kalangan negara Asia Tenggara, kekal berada di kedudukan ke-112 dunia, dibantu dengan keputusan mereka di pusingan kelayakan Piala Asia 2019, sehingga berjaya melayakkan diri ke kejohanan tersebut pada tahun hadapan.
Negara jiran, Indonesia turut memperbaiki kedudukan apabila berjaya naik dua anak tangga untuk berada di kedudukan ke-160 dunia, diikuti Kemboja (172), dan Singapura (173).
Malaysia pula jatuh satu anak tangga untuk berada di tangga ke-175 dunia, diikuti oleh Laos (183), Brunei(190), dan Timor Leste(191).