Malaysia Umpama ‘Serah Tengkuk’ Kepada Thailand

Nampaknya Malaysia bawah kendalian Pau Marti Vicente dijangka bakal menghadapi satu lagi ujian cukup getir sebelum menghadapi aksi ketiga Asean Championship 2024 setelah mengharungi dua perlawanan.

Bermula dengan isu pelepasan pemain utama kepada skuad kebangsaan, Pau Marti menghadapi masalah untuk memastikan Malaysia meraih kemenangan sulung pada aksi berdepan Kemboja lalu.

Malah, Harimau Malaya menghadapi isu cukup besar apabila mereka terpaksa berhempas pulas sebelum meraih kemenangan tipis 3-2 mengatasi cabaran Timos Leste.

Tidak tahu siapa haru dipersalahkan dalam hal ini, kerana masing-masing mempunyai hujah tepat untuk menafikan maruah bola sepak Malaysia kini seolah dirobek pada pentas antarabangsa.

Kelab yang tidak melepaskan pemain memiliki hak mereka untuk mempertahankannya kerana saingan Asean Championship 2024 ini berada di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Melepaskan pemain sewenang-wenangnya akan memberi kesukaran buat kelab kerana saingan domestik juga sedang berlangsung dan ia memberi risiko besar juga sekiranya tonggak dilepaskan itu menghadapi kecederaan.

Meletakkan kesalahan penuh kepada Pau Marti?

Ianya dianggap tidak adil untuk semua menghumban semua kesalahan kepada Pau Marti yang dianggap gagal pada dua aksi Malaysia pada saingan tersebut.

Tanpa pemain serba lengkap dan tempoh persediaan yang cukup singkat sudah membuktikan Pau Marti sudah memberikan apa yang mampu untuk cuba memacu pasukan kebangsaan.

Lebih memburukkan keadaan, Malaysia yang sedia tempang bakal menjadi lebih kritikal sebelum aksi berdepan Thailand tidak beberapa hari sahaja lagi.

Menerusi perkongsian daripada Fina Nasrom di media sosial, lebih kurang tujuh hingga lapan pemain tidak dapat menyertai kem kebangsaan ke Bangkok atas tugasan bersama kelab selain isu kecederaan turut menghantui Harimau Malaya.

“Anggaran 7- 8 pemain tidak akan terbang ke Bangkok. 6 pemain dari Sabah & Selangor kembali ke kelab untuk tugasan bersama majikan. 3 pemain alami kecederaan – Darren Lok, Syafiq Ahmad & Fergus Tierney,” ujar Fina di media sosial X.

Melihat kepada situasi tersebut, entah bagaimana di fikiran Pau Marti sendiri untuk menghadapi cabaran tersebut berbekalkan pemain sedia ada.

Situasi itu boleh dianggap Harimau Malaya umpama menyerahkan tengkuk mereka kepada Thailand yang sudah tentu bakal memberi mimpi buruk jika segala persediaan rapi tidak dibuat.

Harapan kami, moga ianya tidak akan berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN