Malaysia Mungkin Akan Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Twitter

Impian peminat bola sepak tanah air untuk melihat skuad kebangsaan Malaysia beraksi di kejohanan Piala Dunia mungkin boleh jadi kenyataan jika Malaysia bersepakat dengan tiga negara Asia Tenggara yang lain untuk melakukan bidaan bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034.

Menurut laporan daripada Astro Awani, Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata Malaysia perlu mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerajaan jika mahu menyertai Indonesia, Thailand dan Vietnam, yang sudah menyatakan hasrat bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun berkenaan.

“Asia Tenggara mempunyai peluang dan kekuatan untuk membida secara bersama seperti gandingan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanda yang memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah edisi 2026,” kata bekas presiden FAM.

“Memang hakikatnya sudah sampai masa negara rantau Asia Tenggara diberi peluang dan masih mempunyai masa yang cukup mempertingkatkan infrastruktur dan memperkuatkan pasukan kebangsaan masing-masing,” katanya.

https://twitter.com/sophiamiss11/status/1008708388501385216

 

Tengku Abdullah, yang baru pulang dari menyertai Kongres FIFA di Moscow, yakin kemampuan Malaysia menganjurkan kejohanan yang berprestij dan bertaraf dunia berdasarkan kelengkapan infrastruktur yang ada.

Mengenai peluang pasukan-pasukan pakatan negara Asia Tenggara memperoleh slot istimewa, selaku tuan rumah, tanpa mengharapkan kuota Asia, Tengku Abdullah berkata perkara berkenaan akan dibincangkan selaras dengan cadangan pertambahan pasukan yang menyertai Piala Dunia kepada 48 pasukan pada 2026.

Kali terakhir format Piala Dunia diubah adalah pada 1998, yang menyaksikan pasukan yang bertanding ditambah daripada 24 pasukan kepada 32 pasukan.

Di masa hadapan nanti, FIFA akan menganjurkan kejohanan yang ada 48 pasukan di dalamnya. Ini bermakna ada 16 kumpulan dengan 3 pasukan dalam setiap kumpulan. Format semasa adalah 8 kumpulan dan 4 pasukan dalam setiap kumpulan.

Dalam format 48 pasukan, pasukan di tempat pertama dan kedua akan mara ke pusingan seterusnya. FIFA juga mencadangkan akan menggunakan format tie-breaker untuk pasukan yang seri di peringkat kumpulan.

(Photo by Valeriano Di Domenico/Getty Images)

Penentuan penalti akan dilakukan jika perlawnaan berakhir seri. Pemenang penentuan penalti ini akan diberikan 2 mata manakala yang kalah akan mendapat 1 mata.

Ini kerana FIFA menjangkakan akan lebih tinggi peratusan pasukan mengutip mata yang sama.

Format ini juga dikatakan lebih kompetitif kerana ada 2 perlawanan sahaja dalam peringkat kumpulan. Jadi maksimum satu pasukan bermain (jika mara ke final) masih kekal 7 perlawanan.

Cuma dalam format sedia ada, fasa kalah mati bermula dengan peringkat 16 pasukan. Sebaliknya dalam format 48 pasukan, kalah mati bermula dengan fasa 32 pasukan.

Jadi, ada 5 perlawanan kalah mati yang perlu dimenangi oleh pasukan untuk menjuarai Piala Dunia berbanding dengan 4 sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN