Malaysia Mula Kempen Kelayakan AFC B-23 Dengan Bergaya, Tewaskan Indonesia 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Skuad Malaysia B-22 membuka tirai saingan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan musuh tradisi serantau, Indonesia 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok petang tadi.

Walaupun hadir ke Bangkok dengan pelbagai masalah yang dihadapi, para pemain skuad negara segera melupakan apa yang terjadi dengan memperagakan aksi bertenaga terutamanya pada babak pertama.

3 jaringan diperolehi pada babak pertama menerusi Syafiq Ahmad  seawal minit ke-3, Jafri Firdaus Chew minit ke-20 dan N Thanabalan menutup koleksi jaringan buat pasukan negara pada minit ke-30 perlawanan.

Malaysia B-22
Sumber : FAM

Babak kedua Indonesia cuba bangkit untuk memperkemaskan aksi dalam usaha mendapatkan jaringan, namun barisan pertahanan skuad negara kental bertahan bagi mengecewakan Indonesia dalam perlawanan ini.

Usaha Indonesia bertambah sulit apabila seorang pemain mereka dibuang padang pada minit ke-70 akibat kekasaran yang dilakukan.

Kemenangan ini mampu untuk terus meningkatkan momentum skuad negara bagi menghadapi perlawanan yang seterusnya.

Selepas ini skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan bertemu Thailand pada hari Jumaat jam 8.00 malam di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U