Malaysia bawah 23 (B-23) berjaya melayakkan diri akhirnya ke saingan Piala Asia B-23 2024 setelah menjadi pasukan keempat terbaik dengan status ‘runner up’, dengan mereka terpaksa menanti keputusan perlawanan lain terlebih dahulu sebelum mengesahkannya.
Walaupun situasi pada awalnya kelihatan sangat sukar, segalanya memihak kepada Malaysia yang unggul daripada segi jumlah jaringan untuk membezakan mereka daripada pasukan lain untuk melayakkannya.
RASMI: MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA B23 2024!
Skuad negara berjaya mengesahkan tempat ke Qatar tahun depan selepas menjadi naib juara keempat terbaik.
Tahniah! 🥳😍⚽️🇲🇾#AFCU23 pic.twitter.com/BuPoO1argE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 12, 2023
Apa tidaknya, sebelum itu skuad kendalian E. Elavarasan mencatat kekalahan tipis 0-1 kepada Thailand untuk menjadikan Malaysia buat pertama kali tewas pada aksi kelayakan tersebut bagi peringkat Kumpulan H.
Situasi tersebut menjadikan Malaysia terpaksa menanti keputusan beberapa perlawanan lain sebelum mengesahkan diri mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 pada tahun hadapan.
Walaupun sudah berjaya mengesahkan diri kini ke Piala Asia B-23 tahun hadapan, pelbagai kelemahan jelas dapat dilihat pada pasukan tersebut sebelum itu, terutama sekali ketika menentang Thailand sehingga mencetus kritikan dalam kalangan penyokong di media sosial.
Pastinya segala perubahan perlu dilakukan oleh para kejurulatihan untuk memberi persediaan lebih positif buat Malaysia yang akan mengharungi aksi mencabar pada tahun hadapan bertemu pasukan handalan Asia lain.
Perkemas disiplin pertahanan
Salah satu perkara yang paling mencuri tumpuan buat skuad muda ini daripada segi kelemahan pastinya terarah kepada barisan pertahanan yang jelas kurang berdisiplin.
Walaupun ada nama-nama lebih berkualiti dipanggil kali ini seperti Azam Azmi Murad, Zikri Khalili, Harith Haiqal dan beberapa lagi, isu disiplin di posisi tersebut masih dipertikaikan.
Keputusan Masa Penuh
Kelayakan Piala Asia B-23 2024 | Selasa, 12 September 2023
THAILAND 🇹🇭 1-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Yotsakon Burapha 20’#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/3TyiO2yLak
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 12, 2023
Pada aksi semalam menentang Thailand, beberapa kali pasukan lawan jelas mendominasi serangan dan memintas pertahanan negara menerusi gerakan pantas mereka untuk menghasilkan gol.
Mujur sahaja penjaga gol negara iaitu Sikh Izhan Nazrel tampil dengan momentum cukup positif untuk menafikan percubaan tuan rumah daripada mendapatkan lebih banyak gol.
Kawasan tengah yang lompong
Malaysia mempunyai masalah cukup ketara khususnya di posisi tengah yang jelas sangat lompong untuk membenarkan lawan menguasainya kadangkala serta tampil tidak kreatif mengawal tempo permainan.
Pada aksi semalam, jelas hany Nooa Laine yang dilihat menyerlah di posisi tengah, selepas pemain itu beberapa kali meneutralkan penguasaan lawan serta cuba merangkai serangan.
Secara keseluruhan, Elavarasan perlu memastikan posisi tersebut kembali dirombak daripada segi gandingan pemain serta meningkatkan daya kreativiti pemain untuk beraksi di pentas lebih tinggi selepas ini.
Jentera serangan terlalu tumpul
Untuk aksi kelayakan ini, Malaysia mempertaruhkan ramai pemain berkualiti di posisi serangan dengan rekod masing-masing yang positif daripada kelab diwakili.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya B-23
Kelayakan Piala Asia B-23 2024 | Selasa, 12 September 2023
⚽️ THAILAND 🇹🇭 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕣 8.30pm (TH) 🕤 9.30 pm (MY)
🏟️ Stadium Chonburi, Thailand
📺 Siaran langsung di @ASTROARENA 802#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/uzJe2lpfAK— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 12, 2023
Namun apa yang diperlihatkan semalam jelas begitu mengecewakan setelah mereka tampil dengan begitu tumpul untuk mendapatkan sebarang gol walaupun ada beberapa kali situasi sangat terbuka cerah.
Daripada segi kreativiti mengatur serangan juga sangat mengecewakan selepas setiap gerakan cuba dijana jelas mampu diatasi lawan dengan baik selain kawalan sesetengah individu pemain turut tidak memenuhi kehendak di pentas antarabangsa.