Malaysia Kini Skuad Yang Berbeza Berbanding Dahulu – Brendan Gan

Tonggak utama skuad kebangsaan, Brendan Gan menzahirkan keyakinan bahawa rakan sepasukannya mampu mengatasi tekanan menjelang perlawanan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 bertemu Vietnam di Stadium MyDinh pada Khamis ini.

Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum sepak mula perlawanan ketiga dalam kumpulan G, Brendan enggan menjadikan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini sebagai penanda aras kepada kemampuan skuad Harimau Malaya.

“Kami kini skuad yang berbeza sekarang ini dan kami bermain cara yang berbeza dan pemain lebih yakin ketika mengawal bola.

“Ia akan jadi satu permainan yang sukar, kerana Vietnam mempunyai rekod yang lebih baik berbanding kami, tetapi ini satu era baru, masa baru dan kami hanya perlu bermain permainan kami dan berharap ia akan membantu kami dalam perlawanan itu,” kata Brendan lagi.

Pemain kelahiran Australia itu menjadi watak penting dalam dua perlawanan awal kumpulan G ketika menentang Indonesia dan UAE pada bulan lepas. Aksi matang dan bertenaga beliau mengawal jentera tengah mendapat pujian peminat bola sepak tanah air.

Brendan yang turut beralsi sewaktu Malaysia menang besar ke atas Nepal tempoh hari perlu segera mencari keserasian bersama pemain tengah lain memandangkan beliau tidak dapat membentuk gandingan bersama arkitek perancang tengah Pahang, Mohd Azam Azih yang dilanda kecederaan.

Sementara itu, ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memberi peringatakan kepada anak buahnya agar memberi perhatian kepada kemampuan pasukan Vietnam yang mempamerkan aksi permainan pantas.

Dalam menghadapi serangan pantas pasukan Vietnam yang kini berada di ranking ke 98 dunia, Cheng Hoe mahu pemain negara mengelak dari melakukan sebarang kesilapan mudah terutama di bahagian pertahanan kerana sebarang kealpaan akan membawa padah.

Beliau turut mengulas mengenai tekanan yang akan dirasai pemainnya di gelanggang lawan pada perlawnan tersebut.

“Masalah penyokong yang ramai tidak menjadi masalah untuk kita, kerana pemain pernah beraksi di hadapan penyokong yang ramai, terutamanya di Stadium Nasional Bukit Jalil, jadi tiada halangan besar di situ.” ujar pengendali berusia 51 tahun itu.

Dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun lepas, Malaysia tiga kali bertemu dengan pasukan Vietnam. Tewas 2-0 di peringkat kumpulan, Malaysia kemudiannya mengikat skuad The Red Star 2-2 sewaktu perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil sebelum akur dengan kekalahan 1-0 pada perlawanan kedua di tempat lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN