Malaysia Kalah Lagi, TMJ Akan Adakan Mesyuarat Tergempar

Malaysia tewas 4-1 di tangan Korea Utara dalam perlawanan yang dilangsungkan di gelanggang berkecuali. Ia sekaligus meletakkan Nelo Vingada dalam tekanan.

Vingada kini masih belum mencipta sebarang kemenangan bersama-sama dengan skuad kebangsaan selepas 6 perlawanan. 5 kekalahan dan 1 keputusan seri dicatatkan.

Selepas keputusan kekalahan semalam, Presiden FAM, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memberitahu yang baginda bertanggungjawab di atas kekalahan pasukan kebangsaan pada malam semalam dan perlawanan yang akan datang.

Baginda juga memberitahu yang baginda akan mengadakan satu mesyuarat khas setelah kembalinya pasukan kebangsaan dari Thailand.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas kekalahan pasukan kebangsaan pada hari ini dan kekalahan yang akan datang sebagai Presiden FAM.”

“Saya akan mengadakan satu mesyuarat apabila pasukan kembali daripada Thailand bersama Pengarah Teknikal kami dan akan membuat keputusan yang memberikan manfaat bagi penambahbaikan pasukan kebangsaan dalam segala aspek.”

Baginda berjanji akan terus berkhidmat untuk rakyat Malaysia dalam kemajuan bola sepak negara selagi-lagi diberikan kepercayaan.

“Walaubagaimanapun, saya berkhidmat kepada rakyat dan apa sahaja keinginan rakyat akan saya cuba laksanakan.”

“Jika perkhidmatan saya masih diperlukan untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air, saya akan memegang amanah yang telah diberikan.”

Kekalahan di tangan Korea Utara bermakna peluang Malaysia untuk mara ke Piala Asia sudah pun lebur secara matematiknya.

Ia satu berita yang menghampakan semua peminat bola sepak tanah air selepas pasukan remaja dan belia Malaysia berjaya mara ke Piala Asia untuk kejohanan peringkat umur masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN