Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan bahawa pihak MSN kini dalam kajian tentang proses membida hak penganjuran Piala Dunia 2034 menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
Ahmad Shapawi telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan ASEAN di Manila pada Rabu lalu. Dan kesemua menter-menteri sukan di Asia Tenggara bersetuju untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.
Asia Tenggara masih belum pernah menjadi destinasi penganjuran Piala Dunia.
Dipetik dari sumber Berita Harian, Ahmad Shapawi berkata: “Kebetulan sebelum ini Malaysia pernah melakukan kajian kemungkinan yang digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan tersebut (bidaan).”
“Dan pada kali ini Menteri-Menteri Sukan ASEAN bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi mengkaji dengan lebih mendalam khususnya dalam menyediakan dokumen mengikut keperluan yang diperlukan FIFA bagi persediaan tuan rumah.”
Proses bidaan Piala Dunia 2034 dikajihttps://t.co/Wq0McgONcx pic.twitter.com/peXeI6tpto
— Berita Harian (@bharianmy) October 12, 2019
Beliau menambah lagi: “Kita tahu bagi Piala Dunia 2026, kita ada Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat menganjurkan Piala Dunia 2026, jadi di peringkat ASEAN nanti berkemungkinan besar nanti bukan sahaja tiga tetapi mungkin empat atau mungkin lima negara yang mungkin berminat menganjurkannya.”
Walaubagaimanpun, beliau menegaskan penelitian harus dibuat. Ini kerana tidak pasti berapa negara ASEAN yang mahu menganjurkan Piala Dunia itu nanti.
Setakat ini ada 5 negara ASEAN yang menawarkan diri sebagai hos bersama iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura.
Negara-negara ASEAN yang lain pula mungkin akan mampu menjadi tempat untuk kem latihan pasukan yang bertanding.
Hal ini kerana, bermula 2026, Piala Dunia akan melibatkan 48 negara. Jadi, jumlah pusat latihan pastinya akan bertambah.
Satu lagi mesyuarat akan diadakan selepas ini di pejabat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang berpangkalan di Kuala Lumpur.