Malaysia & Indonesia Didenda FIFA Berikutan Kekecohan Penyokong Di SNBJ

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah didenda sebanyak 50,000 Swiss franc, atau bersamaan dengan RM211,000 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana melanggar peraturan 16 dan 26 badan dunia itu.

Kesalahan tersebut berlaku ketika perlawanan pusingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia pada 19 November lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam semakan oleh FIFA, Malaysia didakwa telah melanggar peraturan yang terkandung di Artikel 16 dan 26 sebanyak tiga kali.

 

Yang pertama ialah ketika Malaysia tewas 2-1 kepada UAE pada 10 September di Bukit Jalil. Namun FIFA sekadar memberikan amaran kepada FAM pada ketika itu.

FAM

Kali kedua membabitkan perlawanan ketika Malaysia tewas 1-0 kepada Vietnam pada 10 Oktober di Hanoi.

Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe diberikan amaran oleh FIFA dalam kes tersebut selepas gagal menghadirkan diri ke sidang media selepas perlawanan.

Indonesia pula melalui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) diberikan denda sebanyak 245,000 Swiss franc, atau bersamaan dengan RM1 juta oleh FIFA dan hukuman beraksi di stadium kosong sebanyak satu perlawanan.

Ia melibatkan kekecohan yang dicetuskan penyokong skuad Garuda dalam perlawanan menentang Malaysia dan Thailand.

Pasukan negara kini berada di tangga kedua Kumpulan G di belakang Vietnam, selepas mencatat dua kemenangan ke atas Indonesia dan menewaskan Thailand di Bukit Jalil untuk mengumpul sembilan mata.

Selepas bertemu UAE dan Vietnam, pasukan negara menamatkan saingan kumpulan menentang Thailand di Bangkok pada Jun.

Indonesia pula berada di kedudukan tercorot selepas tewas semua perlawanan yang dilalui setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN