Malaysia Hanya Perlu Tempoh Sebulan Untuk Cergas Di Pentas Antarabangsa

Malaysia nampaknya hanya memiliki tempoh kurang daripada sebulan ketika ini untuk kembali bangkit di pentas antarabangsa, selepas mereka melalui tempoh sedikit suram sejak awal tahun 2024.

Bawah kendalian Kim Pan-gon, prestasi Harimau Malaya tampak sedikit menurun terutama sekali ketika membabitkan dua aksi di saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 lalu sewaktu menentang Oman.

Paling ketara pastinya membabitkan isu kecergasan para pemain negara yang begitu menurun di saingan tersebut, selepas mereka langsung tidak menghadapi sebarang perlawanan kompetitif kerana saingan Liga Malaysia (Liga M) masih belum bermula.

Kesannya, sekelompok besar penyokong kebangsaan juga kini mula meluahkan rasa tidak puas hati kerana dua kekalahan dicatat pasukan kebangsaan yang turut memberi kesan kepada ranking Malaysia di pentas dunia.

Sudah tentut siri kebangkitan pasukan kebangsaan kini ditagih kembali, supaya episod lama ketika menentang Oman dapat diatasi semula sekali gus mencerahkan peluang Malaysia semula untuk ke pusingan ketiga saingan itu.

Para pemain skuad kebangsaan selepas ini akan mendapat kembali aksi kompetitif mereka, selepas saingan Liga M bakal berlangsung tidak lama sahaja lagi.

Walaupun begitu, kerisauan timbul kerana para pemain negara hanya sempat mengharungi aksi kompetitif selama sebulan sahaja untuk memulihkan kecergasan mereka sebelum kembali bersama kem kebangsaan.

Menurut pemerhati bola sepak berpengalaman iaitu Mohd Fauzi Pilus, beliau merasakan ianya bukan satu masalah untuk para pemain kembali mendapat tahap kecergasan terbaik walaupun saingan liga bakal berlangsung sekejap sahaja sebelum kembali mengharungi tugas antarabangsa bersama Malaysia.

“Kalau ikutkan, pemain boleh sesuaikan diri kerana masing-masing ada perlawanan. Lagipun semua sudah balik ke pasukan, jalani pramusim dan sebagainya jadi mereka kena bersedia dalam tempoh terbabit.

“Persiapan pasukan dalam setiap perlawanan pun akan turut membantu pemain tetapi tahap ‘conditioning’ mereka akan jadi keutamaan untuk disenaraikan dalam perlawanan.

“Pemantauan terhadap prestasi pemain juga amat penting dan barisan kejurulatihan kena rancang sebaiknya bila hendak memanggil pemain ini supaya (pemain) dapatkan kekalkan rentak dalam liga.

“Cuma bagi saya, banyak aspek lagi perlu difokuskan (bagi aksi kelayakan) tidak hanya pada ‘match fitness’ seperti faktor corak permainan, kekuatan pasukan lawan dan sebagainya,” katanya menerusi perkongsian Berita Harian.

Untuk rekod, Harimau Malaya akan menghadapi aksi kelima peringkat kumpulan bagi kejohanan itu untuk bertemu Krygyzstan pada 6 Jun sebelum melayan kunjungan Taiwan lima hari selepas aksi tersebut di laman sendiri.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN