Baru sahaja selesai majlis undian Piala Asia B-23 2022 yang bakal berlangsung pada Oktober depan dengan Malaysia dilihat berpeluang untuk layak ke pusingan akhir.
Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama Thailand, Laos dan Mongolia. Thailand dan Mongolia adalah lawan sama dalam pusingan kelayakan dua edisi yang lalu.
Pusingan akhir Piala Asia B-23 dijangka berlangsung pada Jun 2022 di Uzbekistan dan ia merupakan edisi ke-5 selepas mula dianjurkan pada 2013 di Oman. Malaysia pernah layak ke pusingan akhir pada edisi 2018 dan melangkah ke peringkat suku akhir.
Kejohanan yang dianjurkan di China ketika itu menyaksikan Malaysia yang membuat debut, menjadi naib juara Kumpulan C, tiga mata di belakang Iraq yang mengumpul tujuh mata. Turut satu kumpulan dengan Malaysia adalah Jordan dan Arab Saudi.
Saudi Arabia U23 0 Malaysia U23 1: Danial Amier strike secures historic quarter-final spot https://t.co/bKdruyXrk0 pic.twitter.com/BMCI6dYjMj
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) January 16, 2018
Harimau Muda yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee ketika itu tewas tipis 1-2 kepada Korea Selatan di peringkat suku akhir dan gol kedua Taeguk Warrior hanya terhasil lima minit menuju ke wisel penamat. Kekalahan yang pedih untuk diterima semua.
Skuad muda negara ketika itu dibarisi oleh bintang Harimau Malaya ketika ini seperti Safawi Rasid, Syahmi Safari dan Syamer Kutty Abba. Walaupun tewas di suku akhir, ia satu pencapaian yang membanggakan apabila mara sejauh itu untuk debut.
Malaysia mara ke pusingan akhir apabila menjuarai saingan kelayakan Kumpulan H yang dihuni Thailand, Indonesia dan Mongolia. Malaysia mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan satu kekalahan – iaitu kalah 0-3 kepada Thailand.
Untuk rekod, Malaysia gagal layak ke edisi 2020 yang berlangsung di Thailand selepas menduduki tempat kedua Kumpulan J, berkongsi mata dengan juara kumpulan, China. Malaysia juga gagal layak berdasarkan empat pasukan terbaik di kedudukan ke-2.
42 teams, 11 groups and 15 spots to qualify for the AFC U23 Asian Cup 2022 with Uzbekistan having already confirmed their place as hosts, the first time the tournament will be staged in the Central Zone. pic.twitter.com/ODbt0ht1xG
— Benjamin Tan (@footballbentan) July 9, 2021
Bagaimana dengan percaturan Harimau Muda kali ini? Semuanya BOLA telah senaraikan 11 pemain yang wajar dipanggil untuk menyertai skuad kali ini dan berdasarkannya, kita melihat sekali lagi peluang cerah dimiliki skuad negara.
Apatah lagi diletak sekumpulan dengan Thailand, Laos dan Mongolia, inilah peluang yang sukar diperolehi oleh mana-mana pasukan. Lihat sahaja Indonesia yang diundi bersama Australia dan China dalam Kumpulan G. Sukar ditelah nasib mereka.
Oleh itu, pengendali sementara skuad B-22 iaitu pembantu jurulatih skuad kebangsaan, S. Balachandran wajar mengambil peluang ini untuk membawa skuad ini untuk mara secara merit buat kali kedua selepas kejayaan Kim Swee pada edisi 2018.
Namun, difahamkan yang skuad yang bakal dihantar dalam pusingan kelayakan kali ini adalah skuad B-20 negara yang ketika ini sedang dibimbing oleh Brad Maloney.
Juara setiap kumpulan iaitu 11 pasukan akan disertai oleh empat pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dan juga tuan rumah, Uzbekistan bagi membentuk 16 pasukan terbaik yang bakal beraksi di pusingan akhir Piala Asia B-23 2022.
Baca lagi artikel mengenai skuad Harimau Muda dan bola sepak antarabangsa:
‘Misi Bersama’ Harimau Malaya & Harimau Muda Untuk 2021-2022
Undian Kelayakan AFC B-23: Malaysia Satu Kumpulan Dengan China
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode