Malaysia Ditewaskan Kyrgyzstan 0-1, Harimau Malaya Gagal Buat Kebangkitan Lewat

Malaysia ditewaskan Kyrgyzstan dalam aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung sebentar tadi di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pengendali skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe memberikan debut penuh kepada Sumareh di tempat sendiri. Beliau juga memberikan kepercayaan kepada Norshahrul untuk bergandingan dengan Zaquan Adha.

Pada separuh masa pertama, Kyrgyzstan bermain agak agresif dan membuatkan pemain-pemain Malaysia tak selesa dengan pendekatan itu.

Malaysia awalnya bergelut untuk mengawal bola di bahagian tengah. Kyrgyzstan banyak mengancam kubu Malaysia menerusi situasi bola mati.

Namun pada 10 minit terakhir babak pertama, Malaysia berjaya mendapatkan rentak yang lebih baik.

Malaysia ada 4 peluang terbaik pada separuh masa pertama. Pertamanya menerusi Syahmi Safari yang merembat bola tak tepat selepas menerima bola dalam kotak penalti.

Seterusnya Norshahrul melakukan percubaan terkena palang gol dan satu lagi percubaan yang diselamatkan penjaga gol Kyrgyzstan.

Zaquan Adha turut melakukan 1 percubaan ke arah gol menerusi satu tandukan yang deras.

Pada separuh masa kedua perlawanan nampak seimbang daripada kedua-dua pasukan. Namun pasukan pelawan di hadapan menerusi Bekzhan Sagynbaev pada minit ke-68.

Ini selepas percubaan pemain Kyrgyzstan terbias pada kaki Irfan Zakaria, bola singgah betul-betul di hadapan Bekzhan.

Malaysia cuba mencari gol penyamaan. Dan Kyrgyzstan  terpaksa beraksi 10 pemain pada 8 minit terakhir. Malaysia mulai menghantar lebih ramai pemain ke zon serangan.

Pemain gantian Nik Akif melakukan percubaan namun gagal menerjah gawang.

Peluang terbaik Malaysia adalah pada masa kecederaan. Ini selepas Norshahrul melakukan gelecekan dan mencipta peluang di byline. Beliau menghantar bola tepat kepada Akhyar Rashid.

Namun malangnya percubaan (first timer) Akhyar Rashid tak tepat ke arah sasaran.

Perlawanan tamat 0-1 dan menyaksikan Malaysia ditewaskan Kyrgyzstan di hadapan penyokong sendiri.

Secara rumusannya, pasukan di ranking ke-91 Kyrgyzstan tidaklah terlalu ‘superior’ dalam perlawanan ini.

Namun masalah utama Malaysia ditewaskan Kyrgyzstan adalah tumpul di hadapan gol dengan beberapa peluang terbaik terutama sekali pada separuh masa pertama.

Malaysia menamatkan minggu antarabangsa kali ini dengan 1 kemenangan dan 1 kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN