Salah seorang penyokong Bangladesh yang hadir menyaksikan aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan E kelayakan Piala Asia bertemu Malaysia semalam mendakwa mereka sebenarnya telah ditindas.
Bangladesh terpaksa akur pulang dengan tidak mencatatkan sebarang kemenangan di peringkat kelayakan Piala Asia 2023 yang dilangsungkan di Malaysia.
Skuad Bangladesh mencatatkan tiga kekalahan dari tiga perlawanan dalam aksi peringkat kumpulan E, dengan mereka dibelasah 4-1 di tangan skuad Harimau Malaya malam semalam.
https://twitter.com/NzrnIzhr/status/1536721363259363329?t=pnaOze4SdetJOq6Crjp0kg&s=19
Kemenangan bertemu Bangladesh berjaya mengakhiri penantian 43 tahun skuad Malaysia untuk layak ke Piala Asia secara merit.
Tidak dinafikan lagi yang aura dari para penyokong memainkan peranan penting sebalik kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia 2023.
Bermain di halaman sendiri sebenarnya sangat memberi kelebihan kepada kem negara kerana ia secara tak langsung membenarkan para penyokong untuk sentiasa membanjiri stadium dalam setiap tiga perlawanan peringkat kumpulan E yang dilangsungkan di Bukit Jalil.
Para pemain dan pengurus pasukan lawan juga turut menyatakan keterujaan mereka melihat aura para penyokong Malaysia yang tak henti-henti memberi sokongan kepada pasukan negara.
Selain masalah padang, rata-rata pasukan pelawat memuji segala kemudahan yang disediakan sepanjang kejohanan ini termasuk layanan dari pasukan tuan rumah.
🖤💛 Terima kasih kepada 52,964 orang penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia lwn Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/iFMS4af5w8
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 15, 2022
Walau bagaimanapun, pada hari terakhir aksi perlawanan peringkat kumpulan E, telah tersebarnya berita yang agak kurang menyenangkan untuk didengari.
Penyokong Bangladesh anggap mereka ditindas oleh Malaysia
Tukar di media sosial pada ketika ini sebuah video yang menunjukkan bagaimana salah seorang penyokong Bangladesh yang mengeluh tentang layanan yang diberikan oleh Malaysia kepada mereka.
Penyokong tersebut bukan hanya mendakwa bahawa Malaysia menindas mereka, dengan mereka turut menuduh Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sikap berunsur perkauman.
Penyokong tersebut mendakwa yang beliau tidak mendapat tempat duduk mengikut tiket yang beliau beli dan beliau menganggap tempat duduk yang beliau dapat tak sesuai untuk menonton perlawanan di atas padang.
Penyokong Bangladesh dakwa mereka ditindas. pic.twitter.com/w3J7MQE6Xk
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) June 15, 2022
Beliau menuduh pihak polis sengaja menghalau penyokong Bangladesh supaya duduk di tempat yang tak selesa dan memberi kelebihan kepada penyokong Malaysia untuk menonton dengan lebih selesa.
“Assalammualaikum semua orang, kami beli tiket untuk tempat ini, sejujurnya kami membeli tiket untuk tempat ini, tapi pegawai bertugas dan polis kata kami perlu duduk di sini, jauh di belakang gawang gol ok.”
“Tengok penyokong Malaysia, mereka dapat semua tempat yang terbaik, mereka dapat semua sudut pandangan yang baik, mereka dapat semua yang baik-baik.”
Jelas penyokong Bangladesh di dalam video tersebut dalam keadaan marah.
“Saya bayar untuk tempat itu, tapi mereka bagi saya tempat ini, polis kata Malaysia satu sudut, Bangladesh satu sudut, kenapa ada isu perkauman seperti ini.”
“Ok, ini semua penyokong Malaysia, lihat, lihat, semuanya mereka boleh lihat dengan jelas, tapi kami, kami tak dapat apa-apa, kami hanya mampu bayangkan saja pemain mana pegang bola, kami tak nampak.”
“Tengok Malaysia, mereka dapat semua pemandangan yang hebat, dan kami, kami duduk di sini. tak ada lampu, tak ada orang boleh nampak muka kami.”
“Ini sangat tidak boleh diterima, sangat tidak boleh diterima, kami sangat-sangat kecewa. Kami sayang Malaysia tapi tak sokong diskriminasi seperti ini.”
Hal yang penyokong Bangladesh tak tahu
Sebahagian daripada penyokong-penyokong Bangladesh yang kini berada di Bukit Jalil. pic.twitter.com/6EeEz7FgyA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 14, 2022
Warga Bangladesh sememangnya terkenal dengan meminati sukan kriket dan bukannya bola sepak, jadi masuk akal untuk fahami yang mereka memang tak pernah ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak.
Tujuan utama pihak Polis memisahkan penyokong kedua-dua pasukan adalah untuk mengelakkan berlakunya hal-hal yang tak diingini.
Bukan semua penyokong Bangladesh duduk di atas seperti penyokong dalam video tersebut kerana ramai sebenarnya yang duduk di bahagian bahawa dan menikmati pemandangan yang menarik.
Penyokong Malaysia sendiri turut ada yang duduk di tempat yang sama seperti penyokong Bangladesh dalam video itu namun mujur saja mereka tak mengeluh tak dapat tengok muka De Paula dari jarak dekat.
Selepas jaringan keempat Malaysia menerusi Darren Lok, kebanyakan penyokong Bangladesh yang hadir ke Stadium ambik keputusan untuk pulang awal. #AsianCup2023Qualifiers 🇲🇾 – 🇧🇩 pic.twitter.com/QKTVroYJ2u
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) June 14, 2022
Untuk mereka yang pergi ke stadium semalam, sudah tentu mereka sedar yang lebih ramai sebenarnya penyokong Malaysia berada di teres paling atas berbanding penyokong Bangladesh.