Penyerang kebangsaan Laos, Billy Ketkeophomphone mengakui skuad Harimau Malaya berada pada suatu kelas berbeza kini jika dibandingkan bersama Laos.
Malaysia berjaya mencatat kemenangan besar untuk atasi Laos dalam saingan Piala AFF 2022, menerusi keputusan 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
🎦 #MASvLAO 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧𝗦
🇲🇾 Malaysia 5⃣-0️⃣ Laos 🇱🇦
Five of the best for Malaysia ⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️
#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/AO94RRjGGy— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 24, 2022
Billy yang tidak diturunkan pada perlawanan tersebut kerana mengalami masalah kecederaan, hanya mampu melihat sahaja pasukan diwakilinya itu menjadi mangsa amukan skuad kebangsaan.
“Malaysia merupakan sebuah pasukan yang berada dalam tahap berbeza dan mereka mempunyai kualiti yang sangat baik atas padang untuk mengatasi kami,” jelas Billy.
Sebelum ini, pernah mencipta nama bersama Sri Pahang pada awal musim 2022 menganggap ia antara satu kenangan yang manis terutama sekali ketika berada dalam Malaysia.
Ketika ditemui oleh wakil Semuanya BOLA, Billy menyatakan beliau sangat menyukai Liga Malaysia (Liga-M) dan sedia untuk kembali beraksi di sini pada masa akan datang.
Bersama Sri Pahang, beliau telah mencipta empat penampilan untuk beraksi di posisi serangan pasukan tersebut.
Namun tidak banyak yang dapat disumbangkan beliau selepas tiada satu jaringan dan bantuan gol dicipta Billy, biarpun tampil dengan agak menyakinkan untuk mencipta beberapa gerakan.
“Diri saya dan keluarga mempunyai pengalaman yang sangat bagus di Malaysia serta kami sangat menyukainya.
“Pada pendapat saya, Sri Pahang antara pasukan yang sangat bagus. Saya suka para pemain di sana, dan tahap permainan pasukan tersebut juga menyakinkan,” tambah beliau.
Another french-connection, selamat datang ke Sri Pahang FC, Billy Ketkeophomphone!
Pemain skuad kebangsaan Laos berasal dari Perancis ini menjadi taruhan terbaru barisan depan skuad tok gajah. pic.twitter.com/4e5vZPPpYM
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 28, 2022
Pada masa sama, Billy juga menyifatkan bekas rakan sepasukannya ketika di Sri Pahang iaitu David Rowley yang semalam beraksi untuk Harimau Malaya sebagai sangat baik sekali.
Menurut penyerang yang pernah beraksi dalam saingan Ligue 1 itu, Rowley disifatkan beliau tampil dengan sangat berkeyakinan untuk menyerlah bersama skuad kebangsaan.
“Menurut saya, Rowley beraksi dengan sangat bagus sekali bersama skuad kebangsaan sepanjang 90 minit perlawanan.
“Dia tampil dengan sangat berkeyakinan tinggi semalam untuk perlawanan tersebut, tetapi ketika kami bersama dalam Sri Pahang pun Rowley memang seorang yang sangat baik.
“Sebagai bekas rakan sepasukan, saya sangat bangga melihat aksi beliau kini yang dilihat sangat meningkat,” puji Billy mengenai aksi Rowley.
Selaku pemain yang pernah berkelana di Eropah, Billy juga menyatakan para pemain Asia Tenggara kini dilihat semakin ramai berpotensi untuk beraksi di luar negara.
A picture of Laos international Billy Ketkeophomphone in action against Copa America winner Angel Di María during a Ligue 1 fixture.
Billy is expected to start tonight against Harimau Malaya in the AFF Suzuki Cup. pic.twitter.com/N59hstv1p1
— Sivan John 🇦🇷 ⭐⭐⭐ (@SivanJohn_) December 9, 2021
Cuma apa yang perlu para pemain Asia Tenggara sedari jika ingin beraksi di Eropah ialah segalanya tampil dengan lebih tinggi seperti kualiti teknikal dan taktikal permainan.