Sekitar Oktober lalu, telah dimaklumkan tentang perancangan mewujudkan satu lagi kejohanan selain AFC Champions League (ACL) dan Piala AFC dengan jangkaan Malaysia akan meraih lebih lagi slot ke pertandingan AFC.
Jangkaan tersebut difikirkan realistik disebabkan pertambahan kejohanan yang boleh dikatakan mirip kepada Europa League (Tier 3) di Eropah.
“Dengan AFC menjadikan saingan ACL sebagai pertandinga elit, adalah sukar untuk melihat wakil Malaysia lebih daripada satu dalam kejohanan itu. Mungkin dengan adanya dua lagi kejohanan dibawah ACL, Malaysia akan memperoleh lebih kouta untuk Piala AFC dan pertandingan ketiga yang akan dianjurkan kelak.”
Semuanya BOLA, 28 Oktober 2022
Namun, sebaliknya berlaku apabila Malaysia berkemungkinan akan hanya memiliki dua wakil, tidak lagi tiga ke pertandingan tersebut. Perkara tersebut telah dikongsi oleh laman Twitter, Footy Rankings, beberapa hari lalu.
Here is the official confirmation from AFC regarding the slot allocation for the 2024-25 season of AFC Club Competitions. We will update you later on the official format of the competition and also update our website regarding the points calculation details. pic.twitter.com/j0N88KTpEj
— Footy Rankings (@FootyRankings) May 21, 2023
Menurut laman Twitter tersebut, itu adalah slot rasmi untuk negara-negara terlibat dalam pertandingan AFC dengan Malaysia dilihat diberikan satu slot ke Tier 1 dan satu slot ke Tier 2. Tier 1 adalah setaraf ACL ketika ini dan Tier 2 pula setaraf Piala AFC. Namun, nama rasmi ketiga-tiga kejohanan masih belum diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) ketika ini.
Pembahagian slot ini bakal digunakan untuk edisi 2024/25 akan datang.
Untuk edisi 2023/24, Malaysia memiliki satu wakil ke ACL iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan dua wakil ke Piala AFC iaitu Sabah dan Terengganu.
Ketiga-tiga pasukan akan bertanding bermula di peringkat kumpulan.
Tiada perubahan juga untuk edisi selepas itu apabila dua wakil negara nanti dijangka akan bermula dari peringkat kumpulan sebagaimana sekarang.
✨ Here is AFC Club Competitions Ranking 2022 (East Zone)
For the 2024-25 season onwards, the rankings will be based on the performance of clubs from the previous 8 years.
Based on this ranking, AFC will allocate slots to each country in 3 AFC's club competitions from 2024/25. pic.twitter.com/92sKSpTy8u
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 20, 2023
Untuk Tier 3, tiada wakil daripada negara sama ada di peringkat kumpulan mahupun pusingan kelayakan menjadikan hanya dua slot telah diberikan.
Untuk edisi 2024/25, ACL akan melibatkan 24 pasukan elit, Piala AFC kekal dengan 32 pasukan sementara kejohanan baharu melibatkan 20 pasukan.
Menarik untuk diingatkan, tiada lagi pengasingan mengikut zon dibuat.
Oleh itu, wakil Malaysia berpotensi untuk bertemu dengan kelab-kelab Asia Barat tanpa perlu menunggu pusingan kalah mati seperti sebelum ini.
Begitupun, dengan kurangnya satu slot bakal mengurangkan keterujaan penyokong dari Malaysia melihat wakil masing-masing seperti di beberapa edisi sebelum ini yang mana wakil negara hanya satu atau dua sahaja.
Namun, menariknya, untuk kejohanan tertinggi AFC, hanya Malaysia dan Thailand merupakan wakil dari Asia Tenggara daripada 24 pasukan elit.
Apa pandangan anda dengan slot terbaharu pertandingan AFC tersebut?