Malam Penentuan Kerjaya Bola Sepak Son Heung Min

Malam ini bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min bakal mengetuai barisan Korea Selatan dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Asia menentang Jepun. Ia merupakan perlawanan yang akan menentukan nasib kerjaya bola sepaknya di masa hadapan.

Hanya kemenangan akan memastikan beliau terus bermain bersama Tottenham Hotspur di masa yang akan datang serta mendapat pengecualian daripada menyertai perkhidmatan ketenteraan yang wajib ke atas semua rakyat negara itu sebelum usia 28 tahun.

Menurut undang-undang Korea Selatan, pengecualian khidmat negara itu ditawarkan kepada atlet yang memenangi pingat emas di Sukan Asia atau apa saja warna pingat di Olimpik.

Mengulas mengenai perlawanan malam ini, jurulatih bola sepak Korea Selatan, Kim Hak-bom menuntut barisan anak didiknya mengekang serangan daripada Jepun dalam usaha mereka untuk mempertahankan emas di temasya Sukan Asia.

“Kami bersedia untuk perlawanan ini dan kami akan memberi yang terbaik,” kata Kim.

“Saya mahu menjadi agresif tetapi saya juga mahu pemain bertindak dengan bijak.

“Saya percaya pemain akan bermain dengan baik. Cuma satu yang saya risaukan mereka akan menjadi terlalu agresif kerana inginkan kemenangan.

“Selain itu, pemain saya akan mempamerkan aksi terbaik tanpa ragu kerana perlawanan akhir itu adalah penting buat mereka. Jadi saya tidak mahu mengatakan apa-apa kepada pemain”, katanya.

https://twitter.com/SupremeLabile/status/1034099458475286528

Son hanya sempat dimasukkan dari bangku simpanan untuk Spurs sebelum dipanggil untuk memperkuatkan skuad kebangsaan Korea Selatan awal bulan lalu.

Spurs kini menghuni tangga kedua Liga Perdana di belakang Liverpool dengan hanya dibezakan dengan bilangan gol selepas memenangi ketiga-tiga perlawanan pembukaan mereka.

Kekalahan kepada Jepun malam ini mungkin akan memaksa pengurusan Tottenham Hotspur mengkaji semula kontrak Son Heung Min bagi membolehkan beliau melapor diri menjalani khidmat negara selama 21 bulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN