Gareth Bale menegaskan beliau berasa sangat gembira dengan pengurus sementara Ryan Mason yang menggunakan pendekatan menyerang dalam permainan Tottenham Hotspur sehingga membolehkannya mencatat hatrik ketika menang 4-0 ke atas Sheffield United.
Mengakui ianya mungkin salah satu persembahan terbaiknya sejak kembali ke kelab utara London itu secara pinjaman, penyerang Wales itu percaya ianya adalah cara sepatutnya Spurs beraksi.
Dalam perlawanan tersebut Bale digandingkan bersama Harry Kane, Son Heung-min, Dele Alli dan Giovanni Lo Celso di bahagian serangan dan hanya Pierre-Emile Hojbjerg sahaja yang berperanan di bahagian tengah defensif.
A Bale hat-trick saw Tottenham beat Sheffield United in the #PL 👀https://t.co/RbjrNY1Vei pic.twitter.com/gcEECiaSSZ
— MARCA in English 🇺🇸 (@MARCAinENGLISH) May 2, 2021
“Faktanya kami lebih banyak berada di bahagian serangan, maka kami lebih dekat dengan gawang lawan, jadi kami mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol,” ujar Bale kepada SkySports.
Sebelum ini Bale kurang diberikan peluang untuk diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama pasukan terutama dalam aksi liga sewaktu di bawah kendalian Jose Mourinho.
Jurulatih warga Portugal itu pernah menyatakan beliau tidak meletakkan jangkaan yang tinggi kepada Gareth Bale untuk beraksi seperti mana ketika meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut tujuh tahun lalu.
https://twitter.com/CFCSult/status/1388951611486134273?s=20
“Saya cuma perlu bermain lebih banyak perlawanan secara berterusan dan itu yang saya sedang dapat sekarang. Jadi memang saya gembira.
“Pastinya saya bangga untuk sekali lagi mendapatkan hatrik dan bola perlawanan,” kata Bale yang kali terakhir mencatat hatrik bersama Spurs adalah pada 2012 ketika menentang Aston Villa.
Hatrik pertamanya adalah ketika menentang Inter Milan dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2010. Ianya juga merupakan hatrik ketujuh sepanjang keriernya di peringkat kelab.
Ditanya sama ada Bale akan kekal di Tottenham pada musim depan, Mason yang ditemubual selepas perlawanan menjelaskan perbincangan dan keputusan hanya boleh dibuat apabila musim ini berakhir dan beliau kini hanya mahu menumpukan aksi seterusnya.
Kemenangan tersebut menghidupkan peluang Tottenham untuk meraih slot ke UCL musim depan. Mereka kini ketinggalan lima mata di belakang pasukan di tangga keempat iaitu Chelsea dengan empat perlawnaan berbaki.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Gareth Bale dan Tottenham Hotspur:
Mourinho Bengang Bale Muat Naik Gambar ‘Mengelirukan’ Di Instagram
‘Bale Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ – Mourinho Mahu Penyokong Spurs Berhenti Berharap