Burnley mencatat sejarah di Old Trafford selepas meraih kemenangan pertama di gelanggang keramat itu buat kali pertama dalam 58 tahun dengan menumbangkan Manchester United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada awal pagi tadi.
Kekalahan kelapan United pada musim ini memberikan mimipi ngeri buat Ole Gunnar Solskjaer yang semakin jauh dengan sasaran mengejar slot empat pasukan terbaik bagi membolehkan pasukan tersebut layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.
12 – Since Ole Gunnar Solskjær was made permanent manager in March, Manchester United have lost more Premier League games (12) than they have won (11). Nosedive. pic.twitter.com/GPaIthW5DU
— OptaJoe (@OptaJoe) January 22, 2020
Sekalipun United mencatat 70 peratus penguasaan bola, ketumpulan barisan serangan serta kecemerlangan penjaga gol pelawat, Nick Pope yang menjadi watak utama memastikan gawang gol Burnley gagal ditembusi sehingga hujung permainan.
Penyokong United di Stadium pula tidak berhenti menyanyi dan melaungkan lagu-lagu yang mengecam keluarga Glazer yang telah mengambil alih pemilikan kelab sejak 2005.
Chris Wood menghukum United dengan gol pertama enam minit sebelum tamat separuh masa menerusi rembatan voli selepas menerima bola hasil tandukan Ben Mee yang menyambut hantaran dari sepakan percuma dari tengah padang.
Fewest Premier League defeats this season against teams currently in the top half:
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) January 22, 2020
0 – Liverpool
2 – MAN UTD
3 – Wolves
Most Premier League defeats this season against teams currently in the bottom half:
7 – Bournemouth
7 – Norwich
6 – MAN UTD pic.twitter.com/jAdBJIvGxv
The Clarets kemudian menggandakan kelebihan hasil dari gerakan satu dua yang disudahkan dengan rembatan padu Jay Rodriguez yang menewaskan David De Gea di tiang dekat.
Kekalahan kedua berturut-turut itu mengekalkan United di tangga kelima, enam mata di belakang Chelsea di tempat keempat. Sementara Burnley pula naik ke kedudukan ke-13.