“Mahu Utamakan Skuad Kebangsaan” – India, Iran, Jordan Antara Negara Bantah AFC Tambah Kuota Import

India, Iran dan Jordan adalah antara negara yang membantah langkah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menambah kuota pemain import untuk pertandingan di bawah anjuran badan itu – AFC Champions League (ACL) dan Piala AFC. Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) adalah antara yang paling lantang mengkritik peraturan baharu tersebut.

Menurut TFG, di sebalik bantahan daripada tiga negara tersebut, perubahan peraturan tersebut tetap diteruskan oleh AFC.

Sebelum ini setiap pasukan yang mengambil bahagian di dalam pertandingan bola sepak peringkat kelab benua Asia itu dibenarkan untuk menggunakan empat pemain import dengan formula 3+1 di mana tiga pemain boleh didatangkan secara bebas daripada mana-mana negara, dan seorang lagi pemain import harus datang daripada kalangan negara Asia sendiri.

Perubahan yang diluluskan oleh badan bola sepak Asia itu semalam pula membenarkan pasukan bertanding menggunakan sehingga enam pemain import dengan formula 5+1 tanpa sebarang syarat atau sekatan.

Perubahan tersebut membenarkan pasukan mendaftarkan lima pemain import dari mana-mana negara, dan seorang lagi pemain import dari kalangan negara gabungan AFC sendiri.

Peraturan baru ini akan mulai diguna pakai oleh setiap kelab bertanding mulai musim 2023/24.

Rasional AFC

Langkah oleh AFC ini adalah untuk menjadikan pertandingan ACL dan Piala AFC lebih menarik dari segi komersil, dengan perbandingan pertandingan seperti UEFA Champions League turut menjadi rujukan.

Namun bagi sesetengah negara yang sedang berusaha menjadikan pertandingan domestik sebagai platform untuk membangunkan lebih ramai pemain tempatan berkualiti untuk skuad kebangsaan dan kompetitif di peringkat antarabangsa, perubahan oleh AFC itu dilihat tidak membantu tujuan tersebut.

Liga Super India (ISL) dan I-League misalnya telah berusaha menurunkan kuota pemain import di liga masing-masing. Sekiranya sebelum ini mereka membenarkan lima pemain import, kini peraturan baru hanya membenarkan empat pemain import sahaja untuk berada di dalam padang pada satu-satu masa.

Bagaimana pun setakat ini setiap pasukan masih lagi dibenarkan untuk mendaftarkan 6 pemain asing dengan formula 5+1 di dalam skuad setiap musim.

Bagi negara seperti India, Iran dan Jordan, perubahan peraturan di AFC adalah bertentangan dengan usaha mereka di peringkat domestik. Mustahil untuk memaksa kelab bertanding bertolak ansur dengan tidak menurunkan pemain import secara maksima sekiranya peraturan membenarkan berbuat demikian.

Selain itu, perubahan tersebut bermakna pertandingan elit kelab Asia itu sebagai platform mendedahkan pemain tempatan kepada lawan berkualiti kini juga menjadi terhad.

Impak perubahan

Di India, menghadkan penampilan pemain import dan membenarkan sehingga 7 pemain tempata dianggap sudah membuahkan hasil positif. ISL sendiri kini telah berjaya melahirkan beberapa penyerang tempatan pada usia muda untuk skuad kebangsaan.

Pemain-pemain ini dianggap tidak akan mendapat peluang langsung untuk mendapatkan minit perlawanan sekiranya kelab diberi pilihan untuk menggunakan pemain import.

Tindakan AFC membenarkan sehingga 6 pemain import diturunkan membuatkan kelab-kelab di India berada di dalam dilema. Mengambil pemain import untuk pertandingan di peringkat Asia sahaja akan membuatkan pemain ini kekurangan minit perlawanan kerana tidak boleh beraksi di peringkat domestik. Kos tetap harus ditanggung oleh kelab walaupun pemain ini tidak beraksi.

Pada masa yang sama, sekiranya penganjur liga tempatan membenarkan semua pemain import ini beraksi di liga domestik, ia akan menutup peluang untuk bakat tempatan.

Salahs satu cara untuk mengatasi dilema ini adalah dengan mengekalkan kuota empat pemain import sahaja dibenarkan di dalam kesebelasan utama, dan terpulang kepada kelab yang bertanding di Piala AFC untuk menurunkan mana-mana pemain import mereka untuk mendapatkan minit perlawanan sepatutnya.

Selain daripada perubahan pemain import, pertandingan Piala AFC dan ACL mulai musim 2023/24 akan bermula sekitar Ogos dan akan tamat pada April tahun seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN