MLS: Kelab Milik David Beckham, Inter Miami Mahu Rekrut Pemain Inggeris

Kelab Major League Soccer, Inter Miami dilaporkan mempertimbangkan untuk menandatangani pemain Inggeris. Inter Miami dijadualkan mula beraksi dalam liga itu mulai tahun hadapan.

Inter Miami menjadi tumpuan setelah David Beckham menjadi salah seorang pemiliknya. Miami merupakan kelab terbaru di negeri Florida setelah Orlando City.

Siapa orangnya?

BAKU, AZERBAIJAN – MAY 29: Gary Cahill of Chelsea with his winners medal after winning the UEFA Europa League Final between Chelsea and Arsenal at Baku Olimpiya Stadionu on May 29, 2019 in Baku, Azerbaijan. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Terdapat laporan mengatakan antara pemain yang disebut-sebut menyertai Miami ialah Gary Cahill. Cahill kini berstatus ejen bebas setelah dilepaskan Chelsea.

Namun begitu, ada berita mengatakan beliau akan menyertai Burnley.

Seorang lagi pemain berketurunan Inggeris, Joe Hart juga dikaitkan dengan tugasan menjaga gol di Miami. Hart merupakan bekas penjaga gol Manchester City.

Hart pula dikaitkan dengan perpindahan ke Porto. Tetapi, Hart  diberitakan sedang menghadapi krisis berkaitan kelemumur dan berita krisis itu telah pun merebak sekitar Eropah.

Siapa pemain awal Miami?

Miami telah menandatangani dua pemain dari Argentina. Umur kedua-dua pemain itu berumur 19 tahun.

Salah seorang pemain tersebut, Matias Pellegrini ditandatangani dari Estudiantes. Pellegrini dipinjamkan ke kelab asalnya sehingga Januari tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Beckham sahkan kelab itu akan beraksi di sebuah stadium di Fort Lauderdale selama dua musim. Mulai musim 2022, mereka akan berpindah ke sebuah stadium yang dibina khas.

Moga-moga akan ada pemain dari Malaysia dapat beraksi dalam saingan Major League Soccer. Mungkin dengan Inter Miami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN