“Mahu Jaring Lebih Banyak Gol”- Kpah Sherman Sasar Bantu Sri Pahang Selaku Pesaing Terhebat

Penyerang import berkaliber Kpah Sherman secara rasminya akan memulakan musim ini dalam saingan Liga Super bersama pasukan baharunya iaitu Sri Pahang.

Tampil bersama rekod yang konsisten di hadapan gol setiap musim, ianya menjadikan Sherman sering diintai mana-mana pasukan yang cuba mendapatkan khidmat beliau.

Selepas tampil dengan aksi cukup baik pada saingan Piala Malaysia musim lalu bersama Terengganu, jelas nama pemain ini terus menjadi sebutan ekoran ketajaman beliau di hadapan gol.

Bersama Sri Pahang musim ini, jelas pemain tersebut mempunyai sasaran tersendiri untuk membantu pasukan tersebut memperoleh sesuatu yang positif bawah kendalian jurultih baharu mereka, Fandi Ahmad.

Jika musim lalu gandingan beliau di posisi serangan ialah Tchetche Kipre, musim ini ianya berbeza setelah Sherman akan beraksi bersama pasangan baharunya iaitu Lucas Espindola.

Jelas Sherman, beliau percaya gandingannya bersama Lucas mampu untuk menghadirkan sesuatu yang sangat baik buat pasukan pada musim ini.

Selain itu, beliau juga menganggap musim lalu memberikan sesuatu yang berbeza buat kariernya selepas meraih gelaran selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia 2022 bersama Bergson da Silva.

Menerusi rekod jaringan yang baik sebelum ini, Sherman akui kini banyak harapan telah pun disandarkan buat beliau dan dirinya sedia untuk tampil lebih baik dari segi kualiti selaku penyerang import.

“Sudah tentu rasa bagus apabila ada orang yang meletakkan harapan besar kepada kita dan saya harap saya dapat memberikan yang terbaik kepada SPFC dalam Liga Super.

“Saya ingin bekerja lebih keras dan melakukan sedaya upaya melebihi musim lepas. Siapa tahu mungkin saya dapat meraih anugerah lagi.

“Saya memang mahu menjaringkan lebih banyak gol tetapi misi utama adalah bagaimana saya dapat membantu pasukan ini untuk menjadi pesaing yang hebat,” katanya menerusi MFL.

Selain menandatangani khidmat Sherman dan Espindola, pasukan tersebut turut mengumumkan beberapa lagi pemain import baharu mereka untuk memperkukuhkan skuad.

Pada masa sama, Kpah juga menilai Fandi Ahmad sebagai seseorang yang sangat hebat serta berbesar hati dapat bekerjasama dengan beliau.

“Saya memang tahu bagaimana hebatnya jurulatih seperti Fandi dan beliau merupakan seorang yang sangat senang untuk bekerja.

“Beliau juga selalu menghubungi saya sebelum ini dan saya percaya kami semua mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih cemerlang.

“Salah satunya adalah untuk cuba melayakkan diri ke Piala AFC dan kami semua teruja untuk memulakan saingan liga”, tambahnya.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN