“Mahu Beri Lebih Banyak Untuk JDT” – Tidak Sembang Kosong, Forestieri Terus Turun Latihan Sehari Selepas Menang Piala Sumbangsih

Bagi Fernando Forestieri kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimenanginya bersama JDT pada malam tadi mempunyai signifikan dan sejarah tersendiri sepanjang karier beliau.

Tiada perkara lain yang lebih bermakna buat penyerang yang pernah mencipta nama di Serie A dan Liga Inggeris itu apabila akhirnya dapat menjulang trofi buat kali pertama dalam karier setelah 15 tahun bermain selaku pemain profesional.

Ada banyak sebab mengapa perlawanan Piala Sumbangsih menentang KL City FC akan dikenang seumur hidup oleh penyerang dari Argentina itu.

Selain daripada kejuaraan pertama sepanjang kariernya, perlawanan tersebut menyaksikan jaringan berkelas dunia oleh Forestieri dalam penampilan sulung (debut kompetitif) untuk JDT.

Forestieri terharu

Malah Forestieri turut menitiskan air mata semasa sidang media selepas perlawanan JDT dan Kuala Lumpur City FC sehingga perlu ditenangkan oleh ketua jurulatih, Benjamin Mora.

Maka tidak hairanlah selepas ini Forestieri mahu menjuarai lebih banyak trofi untuk JDT.

“Sepanjang saya bermain bola sepak walaupun di peringkat tertinggi seperti di Serie A dan Liga Kejuaraan England, saya belum pernah memenangi apa-apa.

“Jadi, piala ini adalah sesuatu yang sangat bermakna kerana sekurang-kurangnya saya ada memenangi sesuatu di dalam karier kerana bola sepak adalah minat serta kehidupan saya.

“Saya harap keluarga saya ada di sini untuk menyaksikan kejayaan malam ini, sudah tentu ia lebih bermakna.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada jurulatih dan ejen yang membawa saya ke sini malah saya sedia mahu berikan lebih banyak kepada kelab ini,” katanya.

Bekas penyerang Udinese dan Sheffield Wednesday itu meledak gol kedua JDT pada minit ke-32 menerusi rembatan dari luar kotak penalti untuk membantu JDT menang 3-0.

Bukan cakap kosong

Dan apabila pemain itu berkata beliau mahu menyumbang lebih banyak kepada kelab, ia nyata bukan sekadar cakap kosong.

Kebiasaannya, jurulatih akan memberikan hari cuti kepada pemain pada hari selepas perlawanan.

Fernando Forestieri terus menjalani latihan secara bersendirian.

Berdasarkan perkongsian, Forestier telah bangun pada awal pagi dan memulakan latihan secara bersendirian untuk memastikan dirinya sentiasa berada di tahap terbaik.

Sedikit sebanyak apa yang dilakukan Forestieri menggambarkan mentaliti dan tahap profesional yang dimiliki oleh pemain ini.

Sains Di Sebalik Mesin’ Infrared Sauna Therapy’ & ‘Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy’ Milik JDT

Kemudahan dan fasiliti dimiliki JDT juga memudahkan pemain seperti Forestieri. Antara kemudahan lain yang dimiliki JDT ialah seperti ‘Infrared Sauna Therapy’ dan ‘Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy’.

Kemudahan ini dapat membantu pemain pulih selepas sesi latihan atau perlawanan, membantu mengelakkan kecederaan dan menambahkan kekuatan fizikal pemain.

Sehingga kini, JDT menjadi satu-satunya kelab di dalam negara yang memiliki fasiliti sedemikian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN