Mahu Adakan Pemilihan Pemain, Kelab Dari Ipoh Ini Bakal Sertai Liga M3 2021?

LIga M3

Seperti yang dimaklumkan oleh Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi sebelum ini, terdapat 19 pasukan sudah menyatakan hasrat untuk bersaing dalam kempen Liga M3 2021.

Di samping beberapa pasukan musim lalu seperti Armed Forces FC, Langkawi City FC dan NLFC-Mahsa dikatakan begitu bersemangat untuk terus bersaing dalam saingan ketiga dalam sistem bola sepak negara itu, terdapat sebuah pasukan baharu sudah mula mengorak langkah.

Pasukan dimaksudkan ialah Kelab Bolasepak MNY (MNY FC) di mana kelab yang berpengkalan di Ipoh itu dilihat bakal mengadakan sesi pemilihan pemain bagi menghadapi kempen Liga M3 musim ini.

Tinjauan di laman Facebook rasmi kelab tersebut memperlihatkan MNY FC dalam usaha mencari pemain berkualiti bagi memantapkan pasukan dengan meletakkan syarat hanya membenarkan pemain-pemain berpengalaman di pentas Piala Belia, Piala Presiden, Liga M3 yang berusia di bawah 25 tahun untuk menyertai sesi pemilihan itu.

Pemilihan tersebut akan diadakan pada 16 Januari ini di Padang YMCA, Ipoh [bersebelahan Taman Taman D.R. Seenivasagam] bermula jam 4.00 petang.

Difahamkan bekas penyerang skuad kebangsaan yang turut pernah beraksi bersama pasukan Perak, R. Surendran merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab tersebut manakala bekas pertahanan Perak, S.Sathiakumaran bertindak selaku ketua jurulatih.

Dengan perkembangan terbaharu ini, terdapat dua kelab daripada Perak bakal beraksi di pentas Liga M3 apabila Manjung City FC mula beraksi dalam saingan tersebut pada musim lalu.

Mungkin inilah peluang buat pemain-pemain yang masih lagi tidak mempunyai pasukan pada musim ini untuk mencuba nasib, kalau dah rezeki tak kemana!

Kredit featured image: MNY Football Club 

Baca artikel lain dari kami mengenai Liga M3:

Azman Adnan: Nak Sertai Liga M3, Pastikan Sumber Kewangan Cukup

Wakil Klasiko FC, KT Rovers Setuju Langkah AFL Batalkan Liga M3

Pasukan Liga M3 ‘Kopak’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN